Latest News

Thursday 15 March 2018

AZMIN ALI TERPERANGKAP


MB Selangor bertanya di Dewan Rakyat, sejauh mana krtikalnya isu 1MDB terhadap kewangan negara? Perdana Menteri yang juga Menteri Kewaangan menjawab, kritikal lagi isu air di Selangor. Jawapan Perdana Menteri itu, memang tepatpun, bukan jawapan politik, kerana isu air di Selangor benar-benar dalam keadaan krtikal. Akibat ketiadaan air, banyak restoran tutup, impaknya banyak peniaga rugi, ramai yang kehilangan pekerjaan, kerana perniagaan tutup. Manakala isu 1MDB, tiada rekod ada rakyat negara ini kehilangan kerja, kehilangan pendapatan. Malah projek-projek di bawah syarikat itu berjalan seperti biasa, tanpa gangguan.

Mengapa Azmin Ali dan kawan-kawan panas punggung kerana PM menjawab perkara yang betul, sehinggakan Dewan Rakyat jadi riuh rendah?

Pinjaman negara pada paras 50.8% daripada KDNK, masih dibawah 55%. Makna kata, hutang negara masih dirurus dengan baik. Azmin Ali, mengambil contoh Singapura dan Jepun, sedangkan negara jiran itu mempunyai 112% hutang daripada KDNK, manakala Jepun 250%. Tidak lojik, negara yang berkadar hutang 50.8% akan muflis dulu berbanding 112% dan 250%. Ertinya, MB Selangor, itu tidak berfikir semasa mengemukakan soalan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook