Latest News

Friday 2 March 2018

BERITA PALSU YANG DIMAINKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SALLEH SAID KERUAK ADALAH MENTERI KOMUNIKASI PALING HAPRAK... Oleh FB Kibot Navara (screenshot)

Jelas DOJ Amerika terperangkap dengan cerita palsu berkaitan 1MDB, sebab itu telah menangguhkan saman yang mereka mulakan pada tahun 2016. Amerika, adalah negara yang tidak sanggup mengakui kesilapan, kerana kerana negara itu, bersifat angkuh.

Bagi pihak Malaysia, tidak boleh membantah pada sesuatu yang tidak berasaskan fakta, kerana piagam bangsa-bangsa bersatu menggariskan, jika sesebuah negara membantah tindakan anggota badan itu, perlulah berfakta, bukannya berasaskan cerita sensasi atau cerita palsu.

Bagi Malaysia dengan jelas, menyatakan bahawa tiada wang 1MDB yang hilang, syarikat itu juga menagku tiada wangnya yang hilang. Dengan kenyataan itu, memberi isyarat pada DOJ Amerika, bahawa cerita berkaitan 1MDB adalah palsu.

Memang Kerajaan Swisszeland konon meminta kerjasama dengan Malaysia berkaitan 1MDB, namun negara itu tidak menulis secara rasmi, hanya membuat kenyataan melalui akhbar. Berulang kali, Peguam Negara menyatakan jika ada permintaan rasmi, maka Malaysia akan memberi kerjasama penuh.

Kalau otak tak betul, seperti mana dakwaan penggunakan facebook yang mengunakan nama “hantu”, bukan manusia, memangpun tidak mahu menerima apa-apa kebenaran, kerana namanya juga hantu, tidak tahu dosa dan pahala, tidak suka kepada kebenaran dan kebaikan, melainkan yang buruk buruk dan membusukkan.

Sallleh mempunyai kelulusan PhD daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), kalau otak bodoh, tidak mungkin mendapat kelayakan itu. Kalau yang bodoh itu, adalah pemilik facebook yang menyamar itu, kerana biasanya orang bodoh, akan mengatakan orang lain yang bodoh.

Setakat ini, tiada sesiapapun yang boleh membuktikan bahawa kapal yang ditahan di Bali Indonesia adalah milik Jho Low, dan tiada sesiapapun boleh memberikan bukti nyata, bahawa kapal mewah itu dibeli dengan wang 1MDB. Bagai mana menggunakan wang 1MDB, sedangkan tiada wang syarikat itu yang hilang atau digunakan untuk membeli kapal mewah.

DOJ Amerika sebenarnya, diperangkap oleh Tun Dr Mahathir untuk mempercayai dakawaan mantan Perdana Menteri itu berkaitan 1MDB, namun, selepas diyakni bahawa cerita Tun Dr Mahathir itu adalah palsu, maka jabatan Amerika itu, menjadi senyap 1000 bahasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook