Latest News

Thursday 15 March 2018

DATUK TAWFIQ DALAM KENANGAN


AL-FATIHAH. Tepat jam 23.59 14 Mac seorang pemimpin kesayangan rakyat khususnya kawasan Tawau dan amnya Sabah telah menemui Illahi untuk selama-lamanya.

Datuk Haji Tawiq Abu Bakar Titingan, bukan sahaja seorang pemimpin akan tetapi kawan bagi yang mengenali Allahyarham.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada parti Umno akan tetapi Negeri Sabah.

Sebagai pemimpin pelapis, Allahyarham sebenarnya mempunyai masa depan yang sangat cerah dalam arena politik negeri dan kebangsaan. Namun, Maha Pencipta, lebih menyukai beliau dan menjemputnya di usia muda, menjemputnya dikala rakyat memerlukan kepimpinan beliau.

Pada 24 Februari lalu, meskipun dalam rawatan, beliau sempat hadir pada satu majlis memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kg Titingan, Tawau pada tahun lalu. Dalam ucapan beliau pada Majlis itu, Allahyarham mengakui, tidak tidur lena kerana belum dapat menyempurnakan janji beliau kepada mangsa-mangsa kebakaran. Selepas hajat beliau tercapai, beliau secara beseloroh “Saya boleh memejamkan mata dengan tenang selepas ini”.

Pada kesempatan itu juga, beliau sempat berpesan kepada rakyat Tawau, sempena dengan PRU-14, supaya menyokong terus Bn tanpa mengira siapa calon.

Sesungguhnya pemergianmu, bukan sahaja bakal dirindui akan tetapi akan terpahat dalam sejarah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook