Latest News

Saturday 17 March 2018

GST- Antara Negara-Negara Yang Melaksanakannya


Lebih 180 negara-negara di seluruh dunia melaksankan sistem percukaian GST, termasuklah negara-negara kaya dan maju

Malaysia sebenarnya terlalu lambat melaksanakan sistem percukaian itu, kerana hanya mengikuti tindakan negara-negara lain pada April 2015.

Tindakan negara melaksanakan GST menggantikan SST, kerana sistem percukaian baru itu lebih menyeluruh dan telus, selain itu untuk mengelak syarikat-syarikat lari daripada membayar cukai.

Pengenalan GST sebenarnya telah menyelamatkan pendapatan negara daripada minyak, kerana negara kehilangan pendapatan akibat merundumnya harga minyak.

Sebagai perbandingan, semasa SST negara hanya dapat mengutip RM18bilion berbanding menerusi GST RM45bilion. Perbezaan itu, dikembalikan kepada rakyat melalui berbagai bentuk bayaran atau subsidi tersasar.

Mari kita lihat, antara negara-negara kaya dan maju melaksanakan GST. Australia (10%), Austria (19% dan 20%), Belgium (21%), Denmar (25%), Perancis (20%), German (19%), Italy (22%), Jepun (8%), Korea Selatan (10%), Belanda (21%), Norway (25%), Singapura (9%), Sweden (25%), UK (20%) Amerika Syarikat (7.5%), manakala Malaysia (6%), Indonesia pula (10%), Thailand (7%), Filipina (12%), dan Vietnam (10%). Selain itu, Arab Saudi akan melaksanakan sistem percukaian itu dalam masa terdekat.

Apabila GST diperkenalkan, matlamat utamanya, adalah untuk mengelak syarikat-syarikat lari daripada cukai, kerana menerusi SST, syarikat-syarikat yang mengelak cukai boleh menaipulasikan jumlah cukai yang perlu dibayar, sebab itu, sangat ketara perbezaan, apabila GST diperkenalkan, tidak kurang RM27bilion merupakan ketirisan cukai semasa SST.

Di negara kita lebih 500 senarai barang keperluan langsung rakyat tidak dikenakan GST. Jumlah itu sebenarnya mewakili 90% keperluan harian rakyat. Jika juga ditilik, sebenarnya GST tidakpun menyumbang kepada kenaikkan harga barang keperluan harian, kerana lebih 90% keperluan harian rakyat tidak dikenakan GST, umpamanya beras, barangan segar, gas memasak, petrol dan sebagainya.

Harga barangan meningkatkan, kerana berlakunya “push up price” oleh para peniaga, semata-mata untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Mereka mengkambing hitamkan sistem percukaian baru itu.

Janji Pakatan Harapan memansuhkan GST, sebenarnya adalah janji bukan berunsur ekonomi atau kebijakan fiskal, kerana TIADA negara di dunia ini, memansuhkan cukai itu walaupun berlakunya pertukaran kerajaan. Janji PH, hanya janji sedap dimulut, kalaupun dimansuhkan, hanya mengubah ISTILAH, daripada GST kepada VAT (value Added Tax), yang membawa makna 2x5=9+1...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook