Latest News

Monday 5 March 2018

HAK-HAK SABAH DALAM MA63

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) CM Sabah umum apa... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Oleh kerana hak-hak Sabah dalam MA63 terpelihara, kecuali sektor keselamatan. Walaupun demikian, Pengerusi Keselamatan Negeri adalah Ketua Menteri Sabah.

Pencacai parti Warisan Sabah, hanya tahu memberi komen, sedangkan mereka itu tiada pengetahuan berkaitan pentadbiran dan pemerintahan. Kedudukan mereka itu, sama dengan bercakap soal kebidanan, akan tetapi seumur hidup mereka hanya tukang kimpal. Bahaya sangat, jika seorang ibu melahirkan anak yang membidankan adalah tukang kimpal.

Dalam MA63, lampiran tuntutan Sabah (Borneo Utara), yang disebutkan sebagai Perkara 20, seluruhnya dimasukkan dalam Pelembagaan Malaysia, meskipun ada diantaranya tidak dipraktikkan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir. Namun, selepas DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri, perkara-perkara yang tidak dipraktikkan itu diamalkan semula, misalnya, pendidikan dan kesihatan kini pentadibaran dan pengurusan dikuasai negeri, manakala peruntukan diberikan oleh Persekutuan.

Sebenarnya Kerajaan Sabah, hampir 100% autonomi, sebab itu, tiada yang perlu diumumkan lagi. Mengapa Sabah hampir autonomi? Sebabnya Sabah diperintah oleh pemimpin yang separti, makna kata, sebarang kemuskilan atau masalah semuanya diselesaikan secara rundingan dan muafakat.

Bagi Sabah, pemimpin Sabah yang bercakap berkaitan MA63, adalah berkaitan bayaran kepada negeri yang tertangguh sejak tahun 1976 sehingga tahun 2008, kerana bermula tahun 2009, peruntukan untuk Sabah mencurah-curah, jauh lebih tinggi berbanding 40% pendapatan bersih Persekutuan daripada Sabah.

Sebenarnya pemimpin Sabah, seperti Jauhari mengenal manikam, bukan seperti Datuk Shafie Apdal, termasuk tukang kelentong, kerana terbukti selama 22 tahun, babau!!!

Kepada penyokong parti Warisan, kalau kamu hanya tukang kimpal, jangan cuba-cuba jadi bidan, itu namanya menganyah orang!!!

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook