Latest News

Friday 23 March 2018

HOSPITAL PENAMPANG & UNIVERSITI TAMBUNAN, BAGAIMANA STRATEGI KERAJAAN LAKSANAKAN ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Janji manis BN sebelum PRU... Oleh FB Page Warisan Anak Sabah (screenshot)

Dua isu yang disebutkan di atas dikatakan janji BN pada PRU-13. Apabila dilihat semula manifesto Bn Sabah pada PRU-13, tidak pernah disebutpun berkaitan pembinaan Hospital Penampang & Universiti Tambunan.

Isu berkaitan dua perkara itu, sebenarnya hanya cadangan pihak-pihak tertentu, dan cadangan itu disemak dari masa ke semasa sesuai dengan keperluan. Hakikat yang perlu diterima, pembangunan itu tidak pernah berhenti, dan apabila timbul keperluan, maka kemudahan itu akan dibina. Contoh mudah, dahulu, belum ada jalan-jalan bertingkat di Kota Kinabalu, belum ada Pusat Konvensyen Antarabangsa yang dibina oleh Yayasan Sabah, belum ada taman-taman perumahan, namun berasaskan keperluan, maka kemudahan-kemudahan itu dibina.

Pecah tanah, menunjukkan komitmen, ertinya pembinaan sesebuah kemudahan itu pasti akan dilaksanakan. Tapak telah tersedia, hanya menunggu dana, dan keperluan rakyat. Tiada guna sesebuah kemudahan dibina, kemudiannya menjadi gajah putih.

Penampang hanya beberapa kilometer daripada Hospital Queen Kota Kinabalu, Hospital Luyang, Hospital Likas dan beberapa hospital swasta. Kalaulah kerajaan mahu membina hospital, bukannya di Penampang, akan tetapi di kawasan-kawasan yang jauh daripada QEH.

Berkaitan dengan Universiti Tambunan, ianya sangat bergantung kepada jumlah pelajar, sedangkan Universiti yang sedang beroperasi, terpaksa menerima pelajar daripada negeri-negeri lain, malah luar negara, kerana jumlah pelajar yang memasuki universiti tidak ramai berbanding jumlah tempat di universiti.

Jangan bimbang, jika keperluan timbul, bukan sahaja universiti Tambunan dibina, akan tetapi, Universiti Kota Belud, Papar, Membakut atau Sandakan.

Kepada pengguna facebook itu, jangan putar belit isu, demi politik murahan, dan tidak berasaskan fakta.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook