Latest News

Monday 5 March 2018

ISU 1MDB : TIDAK ADA BUKTI PENAHANAN KAPAL MEWAH EQUAMINITY MILIK JHO LOW

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Datuk Salleh cakap tiada bukti kapal itu milik Jho Low... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot)

Cerita sensasi & gossip berkaitan penahanan Kapal Mewah Equaminity  yang dikatakan dipunyai rakyat Malaysia yang direka oleh pihak tertentu supaya menjadi cerita kontraversi- Jho Low, kerana hubungannya dengan anak tiri DS Najib Razak- Reza Aziz.

Cerita berkaitan Jho Low disensasikan dan dihubungkan dengan 1MDB, meskipun anak kelahiran Pulau Pinang itu bukan merupakan salah seorang yang terlibat dengan syarikat itu. Keterkaitan Jho Low dengan 1MDB direka khas, meskipun individu itu bukan ahli lembaga, bukan penasihat, bukan sebahagian daripada pengurusan, bukan kakitangan. Adalah sesuatu yang pelik, seseorang yang
tiada kaitan dengan sesebuah syarikat tetapi boleh mempengaruhi perjalanan sesebuah syarikat, malah kononnya melibatkan aset atau kewangan syarikat. Jika keadaan ini, benar-benar berlaku, maka satu-satunya kejadian seumpama ini di dunia, kerana individu yang tiada hubungkait, bukan pemilik, boleh mencatur sesebuah syarikat.

Oleh kerana mereka yang merekaysa cerita sensasi berkaitan Jho low tidak termasuk mereka yang rasional, dan cuba mengaburi mata semua orang, bahawa seseorang yang tiada hubungan, tiada peranan pada sesebuah syarikat akan tetapi mempunyai kuasa gahib atau mempunyai kuasa luar biasa, termasuk mampu mengipnotis pengususan 1MDB yang rata-rata profisonal itu, untuk ikut arahan seorang manusia yang bernama Jho Low. Cerita yang disensasikan itu, kerana wang 1MDB boleh keluar daripada akaun syarikat itu tanpa rekod, kerana telah berulang kali syarikat itu memberi penjelasan, tiada wang milik syarikat yang telah hilang, tiada transaksi yang melibatkan individu yang bernama Jho Low.

Apabila cerita berkaitan 1MDB dihangatkan oleh pihak Pembangkang, DS Najib Razak ingin juga mengambil tahu, mungkin ada kebenarannya, kerana dalam dunia serba canggih ini boleh sahaja berlaku silap mata. Atas sebab itu, DS Najib Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat syarikat itu. Bukan calang-calang yang menyiasat, semua agensi kerajaan yang terkategori kelas berat, SPRM, PDRM, Bank Negara, Ketua Audit Negara, PAC Dewan Rakyat, malangnya tiada diantara yang menyiasat itu mampu memberikan atau menemui sebarang bukti atau fakta salah laku, kecuali PAC Dewan rakyat menemukan sistem aliran repoting  pengurusan yang tidak transparen, kerana ada pihak pengurusan membuat keputusan tidak bersandarkan kepada SOP Syarikat. Walaupun demikian, tidak juga dijumpai transaksi berkaitan Jho Low, kerana bukti seumpama itu, sedang ditunggu-tunggu oleh ahli PAC sendiri, Tony Pua daripada parti DAP.

Di pihak 1MDB dan dibuktikan oleh semua pihak dalam negara ini, bahawa Jho Low tiada kait mengaitkan dengan 1MDB. Persoalannya, mengapa masih ada yang percaya, bahawa ada wang 1MDB diambil oleh Jho Low? termasuk membeli Kapal Mewah Equaminity ditahan di Pulau Genoa, Bali? Kalau Aziz Jamman percaya, perkara itu boleh berlaku? kerana Jho Low mempuyai kuasa luar biasa, kita rakyat Malaysia atau malah dunia kena berhati-hati terhadap seorang manusia bernama Jho Low, kerana mempunyai kemampuan luarbiasa mengeluarkan wang daripada mana-mana pihak, termasuk wang KWSP atau wang Tabung Haji atau wang pencen Amerika atau Australia.

Laporan TV, hanya laporan sensasi untuk menarik penonton. Wartawan yang membuat laporan tidak dilengkapi dengan fakta, semua laporan hanya `berasakan persepsi, persepsi, kononnya Ketua Wira Parti warisan Sabah itu, mempunyai kemampuan terbang ke bulan, sama dengan Presiden beliau mampu mengelapkan wang dana KKLW sebesar RM1.5bilion sejak tahun 2009-2015, tanpa disedari, kerana dalam tempoh masa itu, KPI KKLW adalah 106%. Rakyat Malayisa kena hati-hati dengan para individu ini, kerana keupayaan merek
a mengaburi pihak berkuasa.

Datuk Salleh Tun Said Keruak, sebagai menteri yang mempunyai tanggungjawab memberi tahu mengenai kebenaran, maka hanya bercakap berkaitan fakta, bukannya perkara sensasi dan gossip, sebab itu, beliau memberi tahu, tiada bukti, bahawa kapal mewah itu milik Jho Low, demikian juga tidak dokumen menunjukkan bahawa kapal itu dibeli menggunkan wang 1MDB. itulah Fakta!!!!

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook