Latest News

Saturday 17 March 2018

JUFAZLI DITANGKAP KERANA JENAYAH FITNAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Takziah untuk semua ahli keluarga arwah YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

Dakwaan Julfazli Shi Ahmad bahawa dia tangkap kerana Tan Sri Musa, Allahyarham Datuk Tawfiq dan Datuk Nizam adalah dakwaan karut, kerana tiada bukti bahawa tiga pemimpin itu terlibat.

Pengguna facebook itu ditangkap kerana beberapa aduan daripada beberapa individu rakyat Sabah kepada polis kerana dakwaan-dakwaan jenayah fitnah berkaitan Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri.

Pengguna facebook itu sebenarnya berdepan dengan sindrom glamour. Mental pengguna facebook itu terganggu apabila ditolak oleh perwakilan beliau, apabila dia kalah dalam pertandingan Ahli Parlimen Belia.

Julfazli menganggap dirinya hebat, kerana mempunyai latar belakang akademik yang hebat. Kerana latar belakang itu, maka dia merasa lebih hebat daripada orang lain. Apabila rakan sebaya beliau menolak mentah-mentah usaha untuk menjadi pemimpin belia, maka jiwanya terganggu, sehinggakan menjadikan Tan Sri Musa Aman sebagai “punching bag” untuk mendapatkan glamour, menerusi dakwaan-dakwaan karut.

Oleh kerana dakwaan-dakwaan itu dimuat naik menerusi internet, maka pihak yang membaca yang tidak tahu hujung pangkal dakwaan itu, akan menerima sebagai benar, sebab itulah ramai pemuda Sabah membuat aduan kepada pihak polis. Benar juga, selepas Julfazli ditangkap, mungkin dia tersedar semula, bahawa perbuatannya itu salah, dan kini, tidak lagi menabur fitnah.

Namun, kerana memang gangguan mental, maka dia masih menganggap, bahawa tiga pemimpin yang disebutkan terlibat dalam penangkapan beliau, sedangkan tiga pemimpin itu tiada kaitan dengan tindakan pihak polis.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook