Latest News

Wednesday 14 March 2018

KEMAJUAN PITAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BN HAS DONE SO MUCH FOR PITAS CLAIM BOLKIAH... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

Kemajuan Pitas diukur bermula tahun 1994 dibanding sebelumnya. Hakikat perlu diakui, bahawa kemajuan di kawasan itu mencecah lebih 200%, kerana kemudahan asas, sekolah, klinik desa serta pembangunan lain telah dilaksanakan di kawasan itu.

Jika mengibas kembali keadaan sebelum tahun 1994 dan sekarang, ibarat langit dan bumi, bagaikan hitam putih.

Kenyataan Datuk Bolkiah Ismail, bahawa kerajaan Bn telah memajukan kawasan itu tidak dapat dinafikan. Namun, tidaklah semaju Singapura atau Kota Kinabalu, kerana perlu diingat kemajuan sesebuah kawasan sangat bergantung kepada aktiviti ekonomi. Pitas, bukan kawasan aktiviti ekonomi, akan tetapi satu kawasan luar bandar yang seronok untuk didiami.

Kalau lah diukur daripada segi keseronokan atau kebahagian penduduk Pitas berbanding Kota Kinabalu atau Penampang, keseronokan/kebahagian penduduk Pitas jauh lebih tinggi. Kawasan seperti Pitas, kemudahan asas, persekolahan dan klinik, serta aktiviti peruncitan, merupakan pendokong utama kepada kebahagian rakyat kawasan itu.

Memang. Bagi mereka yang tidak tinggal di kawasan itu akan mengatakan bahawa kawasan itu belum dimajukan, kerana membandingkan dengan kawasan lain seperti Kota Kinabalu.

Dalam tempoh 2-3 tahun daripada sekarang, Pitas akan terkenal di negara ini malahan dunia, apabila industri udang di kawasan itu beroperasi penuh.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook