Latest News

Monday 5 March 2018

MA 63: PANDANG PADA SAYA: NAJIB


Jangan cari pemimpin lain untuk mengembalikan Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia (MA63), padang pada saya, demikian pengakuan Dato Seri Najib Razak dalam ucapan beliau di depan kumpulan berbagai etnik Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Ini lah kali ketiga, Perdana Menteri itu membuat kenyataan berkaitan hak-hak Sabah yang termaktub dalam MA63. Julung kali beliau membuat kenyataan rasmi berkaitan kesanggupan Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak-hak Sabah, yang tersengaja, tidak disedari terambil semasa pemerintahan dahulu, akan dikembalikan, semasa beliau menggulung perbahasan pada PAU Umno pada Disember 2017.

Hakikat yang perlu diterima rakyat Sabah, tiada pemimpin Sabah yang boleh mengembalikan hak-hak Sabah, jika memang ada hak-hak itu tidak sengaja terambil oleh Persekutuan, kecualilah ada pemimpin Sabah menjadi Perdana Menteri.

Kini, jelas seorang Perdana Menteri dengan sukarela, komited dan mempunyai komitmen untuk mengambilkan hak-hak Sabah, mengapa menghitung burung di awan, sedangkan burung sudah di tangan?

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook