Latest News

Thursday 15 March 2018

MA63: JANJI PH MENGARUT


Rakyat Sabah kena ingat, hak-hak Sabah dalam MA63 terhakis semasa era Tun Dr Mahathir. Hanya menerusi era Dato Seri Najib Razak, hak-hak Sabah & Sarawak, dikembalikan secara berperingkat.

Pengiktirafan 16 September hanya dilaksanakan selepas DS Najib dilantik.

Hak-hak berkaitan minyak & gas dilaksanakan semasa era Najib.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di era Najib.

Di era Najib, ramainya rakyat Sabah dan Sarawak dilantik sebagai menteri, duta, ketua-ketua kerajaan Persekutuan.

Janji PH menerusi manifesto mereka yang dilancarkan pada 8 Mac yang menyenaraikan janji ke-47 & 48 berkaitan Sabah & Sarawak sebenarnya, hanya jadi mengarut, janji memancing undi, sedangkan kepimpinan Bn yang ada sedang dan akan melaksanakan butiran-butiran MA63.

Ds Najib Razak mengakui, Bn sebagai keluarga besar, perlu melihat semua pihak dalam keluarga besar, dalam keadaan menang-menang, tiada yang terpinggirkan.

Selama 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir, adalah tempoh yang cukup lama untuk tidak menyadari kesilapan. Namun kerana niat beliau mahu menjahanam Sabah & Sarawak serta rakyatnya, maka sehinggalah beliau bersara, hak-hak dua negeri itu tidak pernah beliau hiraukan.

Kata perbihasa, jangan sama sekali dipatok ular daripada lubang yang sama. Mempercayai janji Mahathir, menyebabkan rakyat Sabah & Sarawak dipatok ular daripada lubang yang sama untuk kali ke-2.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook