Latest News

Tuesday 6 March 2018

MAJLIS TINDAKAN SARA HIDUP NEGARA: PEMIMPIN SABAH PERLU REBUT PELUANG


Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTSHN) yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2017, patut dimanfaatkan oleh para pemimpin Sabah, kerana rakyat Sabah sangat terkesan dengan peningkatan sara hidup.

Seharusnya, kerangka kerja berkaitan keperluan sara hidup bagi rakyat Sabah sudah disiapkan dan diserahkan kepada majlis itu.

Sabah tidak perlu mengulangi kesilapan masa lalu, semasa pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di era Pemerintahan Allahyarham Tun Razak, kerana pada masa itu, para pemimpin Sabah atau sesiapa di negeri di bawah bayu itu tiada pengetahuan bagai mana merancang “the way forward” atau “proaktif” atau pemikiran atau perancangan ke depan, kerana terhad pengetahuan dan ilmu.

Pada kali ini, menerusi pengwujudan majlis seperti ini, tidak perlu disia-siakan oleh para pemimpin Sabah.

Kemajuan & pembangunan Sabah dan rakyatnya, akan lebih semarak lagi, jika faktor sara hidup dapat diurus dan ditangani dengan saksama, kerana pertumbuhan ekonomi domestik sangat bergantung kepada daya beli atau kemampuan rakyat.

Menerusi MTSHN, telah dikenal pasti 5 kluster keutamaan, iaitu pendidikan, pengakutan, utiliti, makanan dan minuman.

Dalam kertas kerja atau cadangan daripada kerajaan negeri itu, perlulah menyediakan butiran-butiran lengkap berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi rakyat Sabah dalam 5 bidang itu keutamaan. Dengan adanya butiran itu, diharapkan, tidak timbul lagi, bahawa sara hidup di Sabah masih tinggi berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib Razak memang sangat prihatin berkaitan sara hidup rakyat negera ini, kerana menerusi Titah Ucapan DYMM Dipertuan Agong pada Pembukaan Penggal ke-6 Sesi ke-13 Persidangan Dewan Rakyat, baginda menitahkan agar MTSHN benar-benar efektif menangani faktor sara hidup rakyat negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook