Latest News

Monday 12 March 2018

MANIFESTO PH: HANYA MENGELIRUKAN RAKYAT


Menerusi mukadimah Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan pada 8 Mac dengan Tajuk Membina Negara Memenuhi Harapan mendakwa bahawa pemerintahan negara telah tersasar jauh daripada Semengat Kemerdekaan tahun 1957 dan Semenangat Persekutuan Tahun 1963, kononnya di negara ini tiada lagi kebebasan dan keadilan, sebenarnya merupakan dakwaan politik yang mengelirukan, kerana di era pemerintahan sekarang ini lah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) satu akta yang menyekat kebebasan dan keadilan dimansuhkan.

Tun Dr Mahathir selama 22 tahun mengunakan Akta itu menyekat kebebasan & Keadilam, sementara Lim Kit Siang sejak penubuhan DAP menyerang akta itu. Operasi lalang tahun 1987, era Tun Dr Mahathir menggunakan akta itu. Di era Tun Dr Mahathir, berlakunya ketidak bebasan dan ketidakan adilan, bukannya di era Dato Seri Najib Razak.

Dalam mukadimah manifesto PH itu juga dikatakan negara ini digadai kepada negara luar, sedangkan semasa era Tun Dr Mahathir, dengan arah kiblat PADANG KE TIMUR, tidak pun timbul istilah negara digadaikan. Kini, pelaburan daripada Jepun jauh lebih besar daripada negara China, yang dirujuk sebagai negara di mana kedaulatan negara digadai.

Memang di era Tun Dr Mahathir, negara-negara yang mengkagumi Malaysia adalah negara-negara dunia ke-3, seperti Zimbabwe, di mana Presidennya adalah rakan rapat mantan Perdana Menteri itu- Robert Mugabe, namun negara-negara maju seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat atau Kanada, tidakpun mengagungkan negara ini, malah Tun Dr Mahathir digelar sebagai Perdana Menteri keras kepala oleh Paul Keating, mantan Perdana Menteri Australia.

Kini, Malaysia dikagumi negara-negara besar, seperti Amerika, malah Perdana Menteri dijemput bermainkan golf dengan Presiden Amerika- Barack Obama., semasa presiden itu ditampuk kuasa. Malah dalam tempoh 60 tahun, baru berlaku lawatan Presiden Amerika ke Malaysia, bukan sekali akan tetapi 2 kali, dalam tempoh 10 tahun, yang mana keadaan itu tidak berlaku di era Tun Dr Mahathir.

Lawatan-lawatan para Ketua Negara maju di negara ini, samada daripada Perancis, Kanada, Jepun, China, dan sebagainya, apa kah negara ini tidak mendapat pengiktirafan? Apa kah disebabkan oleh laporan-laporan media asing yang di mana di era Tun Dr Mahathir juga melaporkan perakara negatif terhadap negara ini, sehinggakan mantan PM itu anti sangat dengan surat khabar sedemikian, maka pada masa ini, maka laporan-laporan sedemikian digunakan sebagai penanda aras, bahawa Negara tidak lagi dikagumi? Ini namanya, tindakan MENGHALALKAN CARA, membenarkan sesuatu yang sebelumnya tidak baik, kini digunakan pula sebagai baik. Tun Dr Mahathir, tidak lagi memikirkan kahak dan ludah beliau, akan tetapi sanggup menelannya semula, semata-mata untuk TUJUAN politik.

Kalau soal kebebasan & Keadilan, keadaan kini, 1000 kali ganda lebih bebas & adil, berbanding era Tun Dr Mahathir.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook