Latest News

Tuesday 13 March 2018

MANIFESTO PH: JANJI POPULIS & RETORIK


Memang kalau berjanji, namun tiada niat untuk melaksanakannya, maka janji-janji itu boleh menyenaraikan bulan bintang. Kerana ianya janji bulan bintang, maka sedap dibaca namun apabila digunakan akal dan fikiran ianya tidak lojik, hanya berebentuk populis dan retorik.

Manifesto PH itu, tergambar sungguh bahawa DAP merupakan parti tunjang pakatan itu, kerana kandungan manifesto itu mencerimkan apa yang diperjuangkan parti itu sekian lama dan juga sebahagian isi kandungan manifesto telah meletakkan najis dimuka Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta Pengeruusi Bn selama 22 tahun.

Manifesto PH yang dilancarkan pada 8 Mac dengan Tajuk Membina Negara Memenuhi Harapan merupakan ramuan daripada janji-janji lama yang dikitar semula selain angan-angan yang tak sudah, sebabnya ianya hanya bebentuk merai undi, tanpa disertai dengan perancangan yang jelas.

60 Janji-Janji PH itu, mahu memerangkap 15 juta pengundi negara ini untuk mempercayai bahawa kerana bunyi guruh dilangit maka air ditempayan dicurahkan. Mempengaruhi rakyat melepaskan burung di tangan kerana melihat burung berterbangan di angkasa.

Sebagai contoh, janji teras ke-2, menstabilkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran antara bangsa. Jika betullah harga domestik distabilkan, maka tidak kurang RM30bilion ringgit dideperlukan setahun, seperti era Tun Dr Mahathir. Kerana Janji Teras ke-1 memansuhkan GST, maka kerajaan kehilangan pendapatan purta RM30bilion, apabila digantikan dengan SST yang hanya berjumlah tidak lebih RM18bilion. Melaksanakan Teras 1&2, negara akan kekurangan RM42bilion. Sebagai perbandingan peruntukan pembangunan pada Bajet negara untuk tahun 2018 adalah RM46bilion. Jika pendekatan itu diteruskan, maka peruntukan pembangunan hanya berbaki RM 4bilion. Perbelanjaan negara, iabrat, keluar poket kiri, masuk poket kanan, ertinya perlu seimbang. Negara tidak boleh mencetak wang begitu sahaja, untuk menunjukkan, jumlah pendapatan negara tidak terganggu kerana penghapusan GST dan menstabilkan harga minyak, seperti mana era Tun Dr Mahathir.

Tiada pemimpin kerajaan yang menjahanamkan kerajaan, kerana impak tiada projek pembangunan, akan melumpuhkan ekonomi negara. Jika ekonomi lumpuh, maka akan berlaku gejolak sosial dalam negara, termasuk rakyat merusuh, turun ke jalan. Apabila itu berlaku, maka keadaan tidak setabil seperti mana berlaku di negara-negara Arab, Libya, Mesir, Tunsia, dan Iraq, dan kini Syria.

Kerajaan Bn sejak tahun 2012, telah mengambil iktibar untuk membendung gejolak sosial, sebab itu melaksanakan saranan Bank Negara untuk memperkenalkan BR1M, memenuhi saranan Bank Dunia, IMF dan badan-badan kewangan Antarabangsa untuk memperkenalkan susbsidi tersasar.

GST terpaksa dilaksanakan mengikut pendekatan lebih 180 negara di dunia, malah di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara terakhir melaksanakan GST, kerana negara-negara jiran, seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina telah lama melaksanakan sistem percukaian itu, malah kadar di negara ini merupakan yang terendah.

Melihat GST merupakan penyumbang kepada pendapatan negara bagi mengimbangi kehilangan pendapatan daripada minyak, maka tidak mudah memansuhkan sistem itu. Sebenarnya, PH hanya berjanji menimpu rakyat, untuk semata-mata memancing sokongan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook