Latest News

Sunday 11 March 2018

MANIFESTO PH UNTUK SABAH: UMPAN BERACUN


MANIFESTO PH untuk Sabah yang terkandung dalam Buku Manifesto parti pembangkang itu yang bertajuk MEMBINA NEGARA MEMENUHI HARAPAN yang dilancarkan pada 8 Mac 2018 yang diletakkan sebagai JANJI KE-47 & 48 merupakan UMPAN BERACUN yang amat berbisa, kerana selain sedap dibaca, juga telah mengambilkira aspirasi rakyat Sabah.

Memang janji-janji tersebut, semata-mata untuk memenangi pilihanraya, kerana bukan sahaja berbentuk janji populis, akan tetapi janji yang sukar ditolak. Janji-janji itu, semacam seseorang dijanjikan dengan hanya menggunakan wang RM1, untuk membeli loteri, bukan sahaja pasti menang, akan tetapi jumlah kemenangan tidak akan habis selama 7 keturunan.

Janji ke-47 yang bertajuk : Desentralisasi Kuasa Kepada Sabah dan Sarawak; telah mengubah istilah autonomi, kerana autonomi lebih menyeluruh, sedangkan desentralisasi hanya sebahagian. Manakala Janji ke-48 bertajuk Memulangkan dan Menjamin Hak Tanah Adat Sabah dan Sarawak.

Bagi Janji ke-47, jika PH memerintah, maka 50% daripada hasil cukai yang dikutip di Sabah dan Sarawak akan dibelanjakan di negeri-negeri tersebut, manakala 50% lagi diambil Persekutuan. Apa yang tidak disebutkan, apa kah hanya itu sahaja PERUNTUKAN Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak? Kerana menerusi Manifesto itu TIDAK disebutkan. Jika itu yang berlaku, maka Sabah & Sarawak bukan sahaja kehilangan bantuan kewangan daripada Persekutuan, malah akan menjerumuskan dua negeri itu ke lembah kemunduran, kerana jelas kutipan cukai Persekutuan daripada dua negeri itu tidakpun sebenar mana, sebab itulah bentuk pendapatan seumpama ini, tidak sangat diambilkira oleh dua buah negeri itu, kerana memang jumlahnya jauh lebih rendah berbanding bantuan kewangan yang diberikan Persekutuan kepada dua buah negeri itu.

Janji ke-48 yang berkaitan Tanah Adat, jelas dengan memasukkan dalam Manifesto, maka usaha tersirat kepimpinan PH masuk campur dalam soal adat-adat tempatan. Hakikat yang jelas, tiada sesiapa daripada luar Sabah & Sarawak boleh ikut soal-soal adat dua buah negeri itu, kerana hanya pemimpin di buah negeri itu tahu dan mempunyai merit bercakap atau mengurus soal-soal adat termasuklah soal-soal tanah. Lagipun sangat jelas, bahawa menerusi MA63, tanah adalah dibidang kuasa dua buah negeri itu,

Terlihat sungguh bahawa manifesto PH berkaitan Sabah & Sarawak merupakan umpan beracun, ibarat senikta lagu, Madu & Racun, Madu ditangan kanan, racun ditangan kiri.

Kepada rakyat Sabah khususnya, jangan lupa, pemimpin yang menerajui Pakatan Harapan adalah Tun Dr Mahathir Mohammad, pemimpin yang sama telah menafikan hak-hak Sabah selama pemerintahannya.

Tempoh 22 tahun, bukan tempoh singkat untuk menyadari kesilapan.

Persoalan yang timbul, mengapa selepas menjadi pembangkang dan mahu menjadi Perdana Menteri semula, maka terpaksa untuk mencipta khas manifesto untuk Sabah dan Sarawak? Tujuannya, hanya satu mahu mengumpan, supaya beliau boleh menjadi Perdana Menteri semula, kemudiannya, rakyat dibiarkan terkapai-kapai, masa itu, rakyat hanya jadi timun, kerana nasi sudah menjadi bubur!!!. Fikir-Fikrkan Lah!!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook