Latest News

Monday 26 March 2018

MENGAPA MA63 SEBAHAGIAN MANIFESTO BN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Satu lagi janji palsu BN... Mohd Azis bin Haji Jamman (screenshot)

Manifesto adalah butiran-butiran janji yang bakal dilaksanakan dalam tempoh sepenggal. Makna kata, manifesto telah ditentukan jadual pelaksanaannya.

Berkiatan pemasukkan MA63 dalam manifesto adalah untuk merungkai butiran-butiran dalam MA63 yang perlu dilaksanakan, kerana selama ini, belum terdapatnya senarai butiran-butiran yang BELUM ATAU TELAH dilaksanakan, sebab itu timbul istilah YANG TERAMBIL DENGAN TIDAK SENGAJA.

Sebenranya, semua pihak yang bercakap berkaitan MA63, hanya bercakap sahaja, sebab mereka itu juga tidak tahu apa yang mereka cakap. Sehingga kini, TIADA pemimpin atau parti baik khususnya daripada pembangkang PERNAH memberi butiran, mana satu butiran dalam MA63 tidak dilaksanakan, apa yang ada hanyalah TARFSIRAN umum, yang tidak disokong oleh fakta!!!!.

Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang menulis berkaitan MA63, dengan jelas, mengatakan, setakat ini TIADA butiran dalam MA63 tidak dilaksanakan, sebab itu, beliau mencabar sesiapa sahaja yang bercakap berkaitan MA63, untuk menyenaraikan butiran-butiran yang tidak dilaksanakan, bukannya hanya bercakap secara khyalan, persepsi dan dakwaan.

Oleh kerana terlalu banyak pihak yang gemar sangat bercakap berkaitan MA63, maka BN membuat keputusan agar MA63 dijadikan manifesto, supaya ianya menjadi sebahagian hala tuju kerajaan, dan seterusnya, ianya menjadi urusan rasmi.

Apabilanya menjadi manifesto, maka kerajaan boleh menubuhkan jawatankuasa rasmi untuk mengkaji MA63, dan jawatankuasa itu menjadi urusan rasmi kerajaan, tidak dapat dipertikai oleh mana-mana pihak, kerana iannya telah menjadi urusan rasmi.

Adalah pelik, menyatakan pelaksanaan MA63 menerusi keputusan parlimen, akan tetapi TIDAK JELAS butiran mana yang perlu dilaksanakan, kerana jika dilihat, setakat ini, hampir keseluruhan butiran MA63 telah dilaksanakan, kecuali terdapatnya pertindihan daripada segi pentadbiran. Pertintidahan daripada pentadbiran itu, sedang diselesaikan, disemak untuk pembetulan.

Aziz Jamman, hanya tahu bercakap, kamu kena senaraikan butiran dalam MA63 yang belum dilaksanakan dengan disokong fakta benar, bukannya fakta ilusi.

Dr Jeffery sejak lebih 20 tahun bercakap berkaitan MA63, namun sehingga kini, tidak juga mampu mengemukakan butiran dalam MA63 yang tidak dilaksanakan disokong dengan fakta-fakta, beliau hanya dapat menulis berasaskan persepsi dan ilusi.

Kemusykilan berkaitan MA63, adalah tiada pihak yang boleh memberikan data/fakta sebenar, mana satu yang tidak terlaksana, kerana di lapangan semuanya terlaksana, meskipun belum 100%, tetapi semuanya itu hanya proses pentadbiran biasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook