Latest News

Friday 23 March 2018

PARTI DAN PEMIMPIN GUNA MEDIA ASING-SATU TINDAKAN KHIANAT NEGARA


Ingatan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Tun Said Keruak kepada rakyat negara ini, khususnya menjelang PRU-14 berkaitan tindakan parti dan pemimpin menggunakan media asing untuk memburukkan kepimpinan negara adalah satu tindakan tepat.

Ingatan Bendahari Umno itu, bukan ingatan luar biasa, kerana sebelum ini Tun Dr Mahathir semasa berkuasa, bukan sahaja kerap mengingatkan rakyat negara ini berkaitan agenda media asing, malah mantan Perdana Menteri itu pernah mencanangkan, “buy Britsh Last” hanya kerana media yang berpusat di negara itu terus kerap sangat membuat laporan buruk tentang negara.

Mengingat imej media asing yang mempunyai agenda, supaya negara-negara bukan daripada wilayah mereka sentiasa tiada aman, kucar kacir dan tidak harmoni, kerana menerusi keadaan demikian, maka menguntungkan mereka.

Bagi negara-negara barat, setiap pergolakan di negara-negara lain, menguntungkan mereka, kerana keadaan demikian adalah peluang untuk campur tangan, termasuk menjual senjata.

Lihat sahaja apa yang berlaku di negara-negara Timur Tengah, seperti Libya, Mesir, Iraq, Syria, Yaman, Tunisia, pergolakan adalah peluang mereka campur tangan, maka lakulah senjata-senjata keluaran mereka.

Pengakuan terbaharu Tun Dr Mahathir, bahawa beliau memangpun menggunakan media asing untuk menyerang Dato Seri Najib Razak, merupakan tindakan pusingan U terhebat yang pernah dilakukan oleh seseorang yang pernah berkuasa di negara ini. Tindakan Tun Dr Mahathir itu, bukan sahaja satu pusingan U, akan tetapi beliau menjilat semula tindakan beliau selama 22 tahun.

Tindakan beliau, memang memperkuatkan kata peribahasa, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Mantan Perdana Menteri, selama 22 tahun cuba menggambarkan, bahawa tindakan beliau selama tempoh itu hanya satu sandiwara atau penipuan, kerana menurut beliau pada masa sekarang, laporan media asing berkaitan negara, adalah laporan betul.

Persoalannya, bagaimana media asing, boleh melaporkan sesuatu yang betul berasaskan fakta? Sedangkan mereka itu tiada aksespun atau tidak jelas hujung pangkal sesuatu laporan yang mereka buat.

Mempercayai laporan media asing sebagai betul dan kononnya fakta, bukan sahaja memerperlekeh semua media tempatan, malah pemimpin negara ini, kerana TIADA kemampuan mengakses kepada fakta sebenar. Benar kah demikian? Sebenarnya, media asing itu, hanya membuat laporan sesuai dengan agenda mereka, dan sumber yang diasaskan kepada laporan itu, adalah agenda tertentu parti dan pemimpin pembangkang.

Tuin Dr Mahathir bukan sahaja memperlekeh semua wakil rakyat dengan bersandarkan kepada media asing sebagai pihak yang memberi laporan betul, kerana wakil rakyat bebas berhujah, bebas bertanya di dewan rakyat berkaitan sebarang isu atau fakta.

Rakyat negara ini, kena beringat, negara asing, tiada niat untuk memajukan negara dan rakyatnya, niat mereka, supaya negara seperti Malaysia bergolak, untuk memansuhkan imej negara ini, sebagai negara harmoni di dunia meskipun diduduki berbagai kaum, agama dan budaya. Tiada negara di dunia seperti Malaysia, yang didiami oleh ratusan etnik dan latar belakang, namun hidup rukun dan damai.

Persoalan yang timbul mengapa Tun Dr Mahathir “tega” melakukan semua tindakan beliau? Sebabnya hanya satu “cemburu” kepada pencapaian para pemimpin selepas beliau. Beliau sebenarnya, tidak mahu menyaksikan Malaysia lebih baik daripada era beliau sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini.

Tindakan Dato Seri Najib Razak, sebagai Perdana Menteri walaupun hanya 9 tahun, melangkaui pencapaian mantan Perdana Menteri ke-4 negara ini, adalah sesuatu yang menyebabkan beliau tidak nyenak tidur, tidak

basah ketika mandi.

Selain itu, kegagalan anak beliau Dato Mukhriz, menjadi sebahagian daripada pelapis kepimpinan negara, membuatkan mantan Perdana Menteri itu naik tucang, geram, dendam, malah marah pada tahap gaban.

Oleh kerana setiap sudut di negara ini, termasuk media, sedar dan tahu apa matlamat mantan Perdana Menteri itu, maka tiada siapa yang ambil peduli. Menerusi situasi demikian, maka media asing yang hanya menunggu peluang, ibarat, mengantuk disorongkan bantal, apabila digunakan oleh Tun Dr Mahathir menyerang kepimpinan negara, apatah lagi dibarengi dengan bayaran kewangan.

Pengakuan daripada pemipin PPBM, Syed Saddiq, bahawa Tun Dr Mahathir menyalurkan AS5juta kepada Yayasan Clinton untuk digunakan mempengaruhi media di Amerika Syarikat membuat laporan buruk tentang kepimpinan negara, bukan sahaja tindakan menikam belakang negara akan tetapi satu tindakan khianat.

Datuk Salleh, cukup tepat mengingatkan rakyat berkaitan tindakan Tun Dr Mahathir, walaupun pencacai mantan Perdana Menteri itu, menuduh menteri itu dengan berbagai dakwaan. Satu persoalan, kalau bukan Salleh sebagai Menteri Komunikasi & Multimedia, siapa kah Pemimpin yang boleh menyanggah tindakan mantan Perdana Menteri itu, kerana sebagai menteri yang menjaga agensi-agensi seperti RTM, Bernama dan agensi-agensi lain di bawah kementerian itu, sudah tentunya mempunyai data/fakta tepat berakitan negara
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook