Latest News

Thursday 15 March 2018

PECAT ANWAR TAHUN 1998- TUN DR MAHATHIR TULIS SEJARAH BAHARU


Cukup jelas sehingga Julai 2017, 20 tahun, Tun Dr Mahathir mempertahankan tindakan beliau pada September 1998 memecat Dato Seri Anwar Ibrahim daripada Timbalan Perdana Menteri & Umno dengan alasan tidak layak menjadi pemimpin negara ini, kerana masalah moral.

Anwar sejak dipecat, telah disabitkan oleh mahkamah kerana kesalahan jenyah seks luar tabii, dan kini masih menjalani hukuman 5 tahun penjara.

Pengakuan terbaharu Tun Dr Mahathir awal minggu ini, bahawa beliau melakukan kesilapan besar memecat Anwar, adalah satu tindakan menulis sejarah baharu politik negara.

Menerusi pengakuan terbaharu mantan Perdana Menteri terlama negara itu, cuba mengalak bahawa beliau bukanlah biang kerok kepada pemecatan Anwar melainkan meletakkan kepada pihak PDRM dan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Menerusi dakwaan itu, beliau seolah-olah tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa akur.

Selama 20 tahun, khususnya bermula tahun 1998 sehingga 2017, Anwar dipoteritkan oleh mantan PM itu sebagai individu tidak bermoral, sebab itu tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Apa kah tindakan pusingan U, mantan Perdana Menteri itu, ada hubung kait dengan usia beliau? Kerana lazimnya, manusia pada usia demikian, akan berkelakuan seperti dedaun kering yang ditiup angin, kemana arah angin, di situ dedaun itu akan mengarah, atau dengan kata lain, beliau berada pada keadaan “SENILE”!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook