Latest News

Friday 23 March 2018

PEMBENTANGAN PERSEMPADANAN, APA MANFAAT KEPADA RAKYAT ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pagi Tadi 22 Mac 2018 di Parlimen, kita telah dapat buku buku cadangan Persempedanan Baru... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

Pembentangan persempadanan telah ditangguhkan pada 28 Mac 2018. Meskipun kertas pembentangan itu telah diletakkan di meja setiap Ahli Parlimen pada 22 Mac, namun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar membuat keputusan, supaya cadangan itu jangan dibaca, sehinggalah pada 28 Mac.

Tindakan Darell Leiking membuat petikan dan dakwaan kononnya cadangan persempadan itu hanya membabitkan persempadanan di Semenanjung, merupakan tidakan tidak betul, kerana besar kemungkinan, menagapa cadangan itu dilarang untuk dibaca, sehingga 28 Mac, ada kesilapan cetak atau tidak lengkap.

Tindakan Darell itu, merupakan tindakan tidak bertanggungjawab, kerana memetik sesuatu cadangan yang belum lengkap, semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Tindakan MP Penampang itu, boleh membawa beliau kepada tindakan “select komiti” Dewan Rakyat, kerana bertindak diluar bidang kuasa beliau.

Tindakan itu MP Penampang itu, tidak boleh diperakui sebagai betul, kerana Speaker telah membuat keputusan, supaya kertas cadangan itu jangan dibaca, makna kata, terdapat cetakan dalam cadangan itu tidak tepat atau salah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook