Latest News

Thursday 15 March 2018

PPBM DIBATAL? JANGAN SALAHKAN ROS


Tun Dr Mahathir pernah jadi Perdana Menteri 22 tahun, pernah jadi Ketua parti. Manakala Tan Sri Muhiyiddin pernah jadi TPM, pernah jadi Ketua Bahagian parti, tak kan lah peraturan ROS tidak tahu. Kerana mahu melanggar peraturan atau memang sengaja, supaya PPBM dibatalkan, untuk menarik simpati.

Tun Dr Mahathir dan TS Muhiyiddin tahu benar, PPBM adalah parti tiada harapan, ibarat bangkai bernyawa. Sebab itu, sebelum dimalukan rakyat, maka lebih baik cari helah terlebih dahulu.

Mahathir adalah pemimpin pakar tipu helah. Beliau adalah pemimpin yang sinonim dengan tindakan terbalik, ertinya apa yang dibuat diluaran, sebenarnya bukan tindakan sebenar beliau. Tindakan menyalahkan ROS, sebenarnya, sebagai isyarat, bahawa biar agensi kerajaan itu membatalkan pendaftaran parti itu. Apabila dibatalkan, maka tercapai matlamat Mantan Perdana Menteri itu untuk menagih simpati daripada pengundi.

Tindakan membelakangkan Perlembangaan parti, adalah tindakan disengajakan. Sebenarnya semua pihak sedar, bahawa tindakan Tun melanggar perlembagaan parti sendiri adalah perbuatan mempunyai matlamat tersirat, supaya ROS membatalkan pendaftaran, dan kemudiannya digunakan sebagai isu menghentam kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook