Latest News

Thursday 15 March 2018

PRU-14: BAGAI MANA UNDI DICURI?


Sistem pengundian di negara ini, adalah setiap pengundi perlu datang di pusat pengundian untuk mengundi dengan berbekalkan kad pengenalan biru (warganegara), disenaraikan sebagai pengundi dan jari dipalitkan dengan dakwat kekal. Dengan cara demikian, bagai mana mencuri undi?

SPR menyediakan daftar pemilih, jumlah kertas undi sama dengan daftar pemilih, kemudiannya, SPR merekodkan jumlah undi dikeluarkan dan jumlah undi dimasukkan ke peti undi. Tiada rekod dalam pilihanraya negara ini, jumlah kertas undi dikeluarkan lebih sedikit berbanding jumlah undi dalam peti undi.

Laporan media antarabangsa seperti The Economist, kemudiannya diperkuat oleh Tun Dr Mahathir, bahawa PH sudah menang sebelumpun PRU-14 diadakan. Kekalahan parti itu kerana Bn mencuri undi, selain dakwaan menipu.

Cara mengundi di negara ini cukup telus. Setiap pusat pengundian, ada agen masing-masing parti, samada Bn atau pembangkang. Sebelum pengundi mendapat kertas undi, ianya disemak secara selari dengan senarai daftar yang disemak oleh sekurang-kurangnya tiga salinan daftar pemilih, nama nama pengundi disebut oleh ketua pengundian di masing-masing Pusat Daerah Mengundi(PDM). Berasaskan kaedah itu, bagai mana undi dicuri?

Oleh kerana Tun Dr Mahathir dan media asing tiada modal untuk mengelirukan rakyat, maka dakwaan karut seumpama itu dibuat.

Media asing seperti The Economist memangpun berniat jahat dan mempunyai agenda, bukan sahaja masa kini, malah sejak era Tun Dr Mahathir lagi. Pernah terdengar kah mantan PM itu menyaman surat khabar itu? Tiada bukan!!!!, jadi mengapa Lim Kit Siang dan kawan-kawan sibuk sangat mempersoalkan, mengapa DS Najib Razak tidak menyaman The Economist?.

Dalam politik, memang cukup mudah mengunakan istilah, PEROMPAK, PENCURI, PENIPU, persoalannya, boleh yang mendakwa itu membuktikan dakwaan itu?

Adalah perkara biasa, mereka yang tiada kuasa suka sangat menggunakan istilah-istilah itu kepada pihak yang berkuasa. Kerana hanya cara itulah modal mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook