Latest News

Monday 26 March 2018

PRU-14: IMPAK PROPAGANDA MEDIA ASING


Daripada 15 juta pengundi yang bakal mengundi pada PRU-14, 30 peratus daripadanya dipengaruhi laporan media, samada media asing atau tempatan yang bersumber daripada pemimpin seperti Tun Dr Mahathir atau Lim Kit Siang. Bermakna, 4.5 juta pengundi yang bakal mengundi pada PRU-14, bukan kerana keputusan sendiri berasaskan kepada keadaan sebenar dalam negara, akan tetapi lebih ditentukan oleh faktor luaran.

Manakala, pengundi yang berpaksi kepada faktor dalaman dan fakta sebenar, juga sekitar 30%, ertinya, jumlah antara pengundi yang dipenagaruhi faktor luaran dan faktor keputusan sendiri berasaskan fakta dan keadaan sebenar adalah seimbang.

Baki 40%, atau 6 juta pengundi, akan yang tergolong tidak berafiliasi, ertinya turun mengundi hanya kerana menunaikan tanggjugjawab sebagai pengundi. Jumlah 6 juta cukup siginifikan dalam penentuan kemenangan, setiap parti yang bertanding. Jumlah inilah yang bakal direbut dalam masa berkempen.

Apa yang pasti, 9 juta pengundi yang tergolong berafikiasi dengan pembangkang dan kerajaan akan turun mengundi, manakala yang termasuk dalam 6 juta, dianggarkan separuhnya daripadanya akan menunaikan tanggungjawab.

Jika 80% pengundi menunaikan tanggugjawab pada PRU-14, maka pengundi yang bakal memilih Bn, seramai 4.5+1.5=6juta, demikian juga parti lawan, akan berjumlah sama. Namun, berasaskan jumlah kerusi, jumlah pengundi seramai 6 juta untuk Bn, bakal diterjemahkan antara 135-150 kerusi, makna kata, parti lawan akan mendapat antara 87-72.

Melihat kepada senario jumlah kerusi yang bakal dimenangi antara Bn dan parti lawan, tindakan para pemimpin seperti Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang dan kawan-kawan, tidak bakal menewaskan parti Bn!!!

Meskipun purata jumlah undi yang menyokong parti lawan Bn, lebih tinggi, kerana kawasan-kawasan yang menyokong parti lawan adalah daripada kawasan bandar yang padat pengundi.

Sistem pilihanraya negara berasaskan kepada First Past The Post, bukannya berasaskan undi popular.

Mempergunakan media asing dengan laporan-laporan yang bercorak berita palsu tidak akan berimpak kepada penyokong tradisi parti Bn.

Apa yang menjadi cabaran kepada Bn adalah undi yang termasuk dalam 40% yang penulis anggarkan. Kemenangan sebenarnya terletak pada segmen pengundi yang termasuk dalam golongan tersebut.

Kekuatan jentera dan komitmen daripada juru kempen, termasuk pemimpin akar umbi, adalah faktor menawan mereka yang termasuk dalam kategori 40%.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook