Latest News

Tuesday 27 March 2018

PRU-14: KEKUATAN UMNO YANG PEMBANGKANG TAKUTI


Pada PRU-13, parti Umno menang 88 kerusi parlimen dan ianya sebahagian daripada 133 yang dimenangi Bn.

Daripada 88 kerusi parlimen tersebut, 14 kerusi disumbangkan oleh Umno Sabah.

Di Semenanjung daripada 86 kerusi parlimen yang dimenangi Bn pada PRU-13 lalu, 74 daripadanya adalah sumbangan parti Umno.

Jumlah kerusi parlimen di Semenanjung adalah 166 termasuk WP Labuan. 74 kerusi yang dikuasai Umno merupakan 44.58%.

86 kerusi yang dimenangi Bn Semenanjung merupakan 51.81%.

Kehadiran Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan dan calon sementara Perdana Menteri, hanya bertujuan untuk menembusi kawasan-kawasan Umno di Semenanjung.

Jika kawasan-kawasan Umno di Semenanjung berjaya ditawan 20%, makna kata, kerusi Umno Semenanjung hanya 59-60, maka, bukan sahaja mengharapkan Sarawak menyumbang 25 dan Sabah 22, akan tetapi juga mengharapkan MCA/Gerakan/MIC menyumbang antara 5-4 kerusi, bagi mendapatkan jumlah majoriti mudah 112.

Bagi kerusi-kerusi majoriti melayu di Semenanjung, kawasan Felda merupakan medan peperangan. Jika Umno masih mempertahankan kawasan itu, maka kemengan masih berpihak kepada Bn.

Berasaskan keadaan semasa, Sarawak akan menyumbang 25 kerusi. Sementara Sabah, akan tetap menyumbang 22 kerusi, meskipun kawasan yang dimenangi tidak sama dengan yang dimenangi pada PRU-13.

Bagi mempertahankan Putrajaya, Bn Semenanjung perlu menang sekurang-kurangnya 64 kerusi, dan beban itu perlu ditanggung Umno. Daripada 74 kerusi yang dimenangi pada PRU-13, memang terdapat beberapa kawasan yang dimenangi dengan undi di bawah 2000. Demikian juga ada beberapa kawasan yang di mana Umno tewas dengan jumlah di bawah 2000 undi. Jika berlaku tolak dan campur, ada kawasan Umno ditawan PH dan kawasan PH/Pas ditawan Umno, maka kedudukan jumlah kerusi akan berlegar-legar pada angka 74. Menerusi jumlah itu, tanpa kerusi MCA/Gerakan?MIC pun, Putrajaya berjaya dipertahankan oleh Bn.

Memang diakui, PRU-14 merupakan pilihanraya yang paling sengit. Di atas kertas kedudukan adalah 50:50, dan pemenang, terletak sepenuhnya di kawasan melayu di Semenanjung.

Parti mana yang mendapat sokongan 3 juta pengundi “atas pagar” adalah penentu utama pemenang.

Di atas kertas, Umno mempunyai 3.5juta ahli. Penjawat awam 1.6juta. Sebab itu, penulis suka menyatakan bahawa Bn mempunai 4.5juta bank votes. Hanya memerlukan 1.5juta daripada pengundi atas pagar untuk memastikan kemenangan, termasuk kemenangan 2/3.

Apa kah PRU-14, masih membuktikan bahawa pengundi luar bandar masih berpihak kepada Bn? Jika ya, maka keingan oleh Tun Dr Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, hanya akan menjadi angan2.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook