Latest News

Friday 23 March 2018

PRU-14: MENGAPA PERLU CARI PEMIMPIN LAIN?


Berdepan dengan PRU-14, rakyat Sabah sebenarnya tidak perlu mencari pemimpin lain jika diukur daripada sudut pandang pembelaan kepada rakyat.

Para pemimpin Bn khususnya Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah adalah dua pemimpin bukan sahaja mempunyai komitmen memajukan negeri dan rakyatnya akan tetapi komited.

Kalau mengimbas komitmen semua pemimpin sebelum ini, komitmen dua pemimpin ini sungguh luar biasa. Dato Seri Najib Razak, adalah Perdana Menteri yang kerap melawat Sabah, sebabnya Sabah sentiasa di hati beliau. Manakala Tan Sri Musa Aman, tiada hari kalau tidak turun padang di pelosok negeri.

Kata bidalan , mengapa angsa bertelur emas perlu diganti? Sedangkan pemimpin yang berangan-angan jadi pengganti itu, yang satu sudah monopus, sementara yang seorang lagi bukan sahaja mandul tetapi seseorang yang tergolong tidak amanah.

Ketua pemimpin berjiwa rakyat, pemimpin yang mendengar degup jantung rakyat, sudah tentu barisan pemimpin yang dipimpin juga mempunyai komitmen yang sama.

Para pemimpin Bn bukan sahaja menjalankan amanah & tanggungjawab yang diberikan parti & kerajaan, akan tetapi sentiasa berinovasi semata-mata untuk memajukan rakyat & negeri/negara.

Pendek kata, rakyat negeri/negara patut bersyukur mempunyai barisan kepimpinan yang sentiasa memikirkan rakyat. Sebagai contoh, rakyat yang terkesan kerana kos sara hidup, maka BR1M diberikan, pendidikan percuma (peringkat rendag & menengah), rawatan kesihatan yang hampir percuma (hanya perlu bayar RM1), namun bagi warga emas 100% percuma.

Di Sabah, bagi menghalang harga naik di kawasan terpencil/pedalaman kerana kos pengangkutan, kerajaan memperuntukan RM70juta untuk tahun 2018.

Sebenarnya, tiada rungutan rakyat tidak diambil peduli. Sebagai contoh pembinaan jalan raya Kiulu-Ranau, hanya terealisasi semasa kempimpinan DS Najib Razak, demikian Lebuh Raya Pan Borneo.

Sungguh sayang, jika pemimpin seperti Dato Seri Najib Razak & Tan Sri Musa Aman tidak disokong!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook