Latest News

Tuesday 27 March 2018

PRU-14: PEMBANGKANG CUMA BERMIMPI DI SIANG HARI


Pembangkang semacam menghitung anak ayam sebelum telur menetas. Di Semenanjung mereka yakin dapat menewaskan Parti Barisan Nasional. Mereka cuba menafikan, bahawa Bn membawa bersamanya 85 berbanding 80 berdepan dengan PRU-14.

Parti pembangkang cukup yakin, bahawa kawasan kaum cina termasuk ditandingi MCA dan Gerakan akan mereka tawan. Selain itu, PPBM dan PKR serta Amanah akan menyumbang kerusi secukupnya, melampaui jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-2013 di mana ketika itu Pas masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Pada PRU-14 tolak campur, kerusi yang boleh menangi PH & Pas tidak akan melebihi 80 di Semenanjung, jumlah kerusi yang bakal dimenangi parti-parti itu antara 78-63, termasuk parti Pas yang akan menang 9 kerusi. Melihat kepada angka-angka itu, Bn Semenanjung akan menang antara 87-102.

Oleh kerana Sarawak akan menyumbang 25, sementara Sabah dan WP Labuan menyumbang 23, maka secara keseluruhan jumlah kerusi Bn adalah antara 150-135. Jumlah 150 adalah kuasa 2/3.

Pembangkang cuba menafikan, bahawa Bn mempunyai bank votes seramai 4.5juta. Hanya diperlukan 1.5juta daripada 3juta pengundi yang tidak berafiliasi dengan mana-mana parti untuk diterjemahkan kepada jumlah kerusi antara 135-150.

Memang diakui, pada PRU-14, Bn masih kehilangan undi popular, namun berasaskan kepada First Past The Post, Bn akan diistiharkan sebagai pemenang.

Tidak diragui, dalam PH, DAP akan menyumbang kerusi terbanyak kemudian dikuti PKR. Parti Tun Dr Mahathir mungkin menang 1-2 kerusi, sementara Amanah juga demikian.

Pengundi negara ini, khususnya di kawasan luar bandar, Sabah dan Sarawak, belum bersedia menerima semula Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Demikian juga, parti DAP & PKR belum mendapat sokongan.

Jika pengundi luar bandar, Sabah & Sarawak belum bersedia, maka tidak mudah parti lain boleh menewaskan parti Bn, itulah hakikat yang perlu diterima Tun Dr Mahathir dan para pemimpin dalam DAP & PKR!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook