Latest News

Thursday 15 March 2018

PRU-14 SABAH: BOLEHKAH DATUK SALLEH MENANG?


Apabila bertiup kencang, bahawa Datuk Salleh Tun Said Keruak akan bertanding di Parlimen Kota Belud, banyak pihak bertanya, boleh kah Datuk Salleh menang?

Mereka yang bertanya itu, sebenarnya tidak melihat latar belakang Kota Belud, khususnya bahawa kawasan itu merupakan anak sulung Umno Sabah.

Selain itu, mereka tidak melihat latar belakang Menteri Komunikasi & Multimedia itu.

Salleh bertanding sejak tahun 1994 kecuali tahun 2008, dan bertanding semula tahun 2013. Rekod menunjukkan, tiada calon yang pernah menandingi jumlah undi dan majoriti yang pernah beliau dapat.

Berasaskan rekod, tiada kesangsian, jika Bn meletakkan Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu sebagai calon, bukan sahaja menang akan tetapi dapat membantu merampas semula kawasan Dun Kedamaian.

Dalam sesebuah pilihanraya, kemenangan selain ditentukan oleh sokongan majoriti rakyat, juga oleh jentera parti dan parti akan tetapi juga oleh “net working” seseorang calon.

Kekuatan jentera & Parti Bn di Kota Belud tidak dapat diragui, apa tah lagi “net working” Salleh di kawasan itu.

Kota Belud yang mempunyai 100 ribu penduduk dengan undi berdaftar hampir 60ribu, di mana sebahagian besar pengundi itu adalah ahli parti Bn.

Melihat kepada jumlah ahli Bn, secara praktikal, Kota Belud akan Tatap Wilayah Bn!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook