Latest News

Thursday 15 March 2018

PRU-14 SABAH: FAKTOR “MEMBAWA DIRI” ISU MENDESAK BN


Sebenarnya, jarang pemimpin mengambil tahu faktor “membawa diri” setiap menjelang pilihanraya umum (PRU). Faktor “membawa diri” dianggap sebagai tindakan kebudak-budakan oleh setengah pemimpin, khusus bakal-bakal calon.

Penulis telah lama memperhatikan faktor membawa diri daripada kalangan 'penyokong” walaupun tindakan mereka ini tidaklah sampai menyebabkan seseorang calon itu kalah, akan tetapi hanya mengurangkan jumlah majoriti atau calon-calon lain mendapat jumlah undi yang tidak disangka.

Seseorang calon yang tidak pernahpun berkunjung ke sesebuah Pusat Daerah Mengundi baik sebelum menjadi calon mahupun selepas menjadi calon, malah dalam masa kempen, namun mendapat undi di PDM-PDM tertentu. Undi yang diperoleh calon-calon yang “tidak bakal” menang itu, sememangnya adalah undi daripada pengundi yang tergolong dalam pengundi “membawa diri”. Apa yang penulis perhatikan, mereka yang termasuk dalam kategori ini, jika pada PRU-pRU lalu tidak sampai hati mengundi “calon” yang boleh menguggat kedudukan calon Bn, akan tetapi pada PRU-13 lalu ada yang bertindak sebaliknya. Menjelang PRU-14, kenampakkannya, mereka yang tergolong dalam pengundi seumpama ini, terdapat di berbagai kawasan, khususnya kawasan-kawasan di mana wakil-wakil rakyat yang dipilih sebelum ini telah bertukar kepada wakil rakyat “tidak mesra alam”. Akibat pertukaran itu, maka terdengar di peringkat akar umbi, malah diwar-warkan di media alternatif, jika wakil rakyat yang tergolong dalam kategori itu dipilih semula, maka akan menerima “hukuman” daripada pengundi yang termasuk dalam “pengundi membawa diri”.

Contoh mudah di kawasan-kawasan di mana calon Bn kalah pada PRU-13, kerana tindakan para pengundi yang tergolong “membawa diri” inilah penyebab calon-calon Bn kalah, sebab itulah diketahuai kemudiannya, calon yang memwakili sesebuah parti di kawasan tertentu, di mana senarai keahliannya jauh lebih banyak, berbanding undi yang diperolehi calon parti itu. Makna kata, ahli sesebuah parti itu, tidak mengundi calon mereka, kerana hanya satu sebab, mereka itu termasuk dalam pengundi “membawa diri”.

Memang tidak mudah untuk “please” semua pengundi, sebab itu, seseorang wakil rakyat yang mampu “please” semua pihak sehinggakan boleh meminimakan jumlah mereka yang tergolong “membawa diri” adalah insan-insan terpilih. Kerana faktor “insan terpilih” maka seseorang itu boleh menjadi wakil rakyat pada kawasan-kawasan tertentu, bukan dua penggal akan tetapi berpenggal-penggal.

Kerana kemajuan teknologi dan lajunya komunikasi, maka pihak lawan sangat cepat mengidentifikasi mereka yang termasuk pengundi/pennyokong “membawa diri' sebab itu, ada ahli parti bukan sahaja daripada parti-parti komponen, malah Umno sendiri menyertai parti lawan. Di cawangan penulis sendiri, adalah ahli yang sebenarnya bukan sahaja penyokong tegar, malah ahli parti terawal, namun kerana tindakan pihak-pihak tertentu yang rapat dengan wakil rakyat, akibatnya bertindak menyertai parti lawan.

Kerana faktor pengundi/pneyokong yang tergolong “membawa diri” penulis bimbang, ianya berimpak negatif terhadap pencapaian Bn pada PRU-14. Penulis yakin, mereka yang tergolong pengundi/penyokong membawa diri tersebar di seluruh 25 kawasan Parlimen atau 60 Dun di seluruh Sabah. Sebelum terlambat, pihak-pihak yang mengatur susun PDM masing-masing hendaklah membetulkan keadaan ini, sebelum pembuangan undi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook