Latest News

Monday 12 March 2018

PRU-14 SABAH: KEBARANGANKALIAN KEPUTUSAN PRU14


Jika 60 kawasan Dun digunakan maka, parti yang boleh membentuk kerajaan adalah parti yang mendapat 31 jumlah kerusi, jika 73, maka 37.

Pada PRU-14, sejumlah 1.111 juta pengundi di Sabah, dan diperkirakan 862,000 akan menjalankan tanggungjawab atau 78 peratus.

Daripada jumlah itu, Parti Bn akan mendapat 499,600 undi, manakala Warisan/PH 268,200, Gabungan Sabah (GS) 73,100 dan yang lain-lain 21,100.

Kalau berasaskan nisbah, maka Bn akan mendapat kerusi 35, W/PH 19, GS 5, manakala lain-lain 1, bagi 60 DUN; sementara jika 73 Dun, Bn akan menang 42, W/PH 23, GS 6 dll 2. Namun berasaskan taburan pengundi antara luar bandar dan bandar, serta jumlah calon di kawasan-kawasan tertentu, bagi jumlah 60 DUN, Bn akan menang 46, W/PH 14, GS 1, dll=0. Jika 73 Dun, Bn 59, W/PH 13, GS 1, dll=0.

Apapun manifesto parti pembangkang Sabah, dan apa carapun mereka lakukan, jumlah undi atau jumlah kerusi tidak jauh daripada perkiraan di atas.

Melihat kepada kebarangkalian tersebut, maka parti Bn akan terus membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Kecenderungan pengundi luar bandar dan bandar, memang berbeza, sebab itu, undi pembangkang kelihatan bertambah, namun tidak dapat diterjemahkan menerusi undi. Nampak gaya, parti Bn masih mendapat undi popular.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook