Latest News

Thursday 15 March 2018

PRU-14 SABAH: KEMUNGKINAN BESAR SABAH GUNA 73 DUN


Usul persempadanan baru bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri-negeri di Semenanjung & Sabah bakal dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sesi kali ini. Tarikh pembentangannya kemungkinan besar minggu depan.

Usul itu hanya memerlukan majoriti mudah, yakni 111 daripada 220 (kerana jumlah MP hanya 220 daripada 222, kerana dua MP telah meninggal dunia).

Selepas diluluskan di Dewan Rakyat, maka perlu perkenaan SPBA, selepas itu persempadanan itu digazetkan.

Kawasan baru itu dapat digunakan dalam PRU-14, sebaik sahaja mendapat perkenaan (tandatangan) SPBA.

Apabila usul itu digunapakai, maka Sabah menggunakan 73 kawasan Dun pada PRU-14. Persempadanan baru Sabah sebenarnya telah diluluskan Dun Sabah pada Ogos 2016.

Kawasan-kawasan baru Dun Sabah adalah N2 Bengkoka, N6 Mangaris N8 Pintasan ,N13 Pantai Dalit , N17 Darau, N24 Tanjung Dumpil , N27 Dambai, N44 Tulid, N47 Telupid, N51 Sungai Manila, N58 Lamag, N61 Segama dan N70 Kukusanu.

Senarai daftar pengundi Sabah pada PRU-14 seramai 1.111juta. Diperkirakan 862,000 pengundi akan menunaikan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, 499,600 adalah pengundi Bn. Oleh kerana taburan pengundi, Bn akan menang sekurang-kurangnya 59 daripada 73. Jumlah itu merupakan kuasa 2/3, kerana jumlah kuasa 2/3 hanya memerlukan 49 kerusi Dun.

Pada PRU-13, Bn Sabah menang 48 daripada 60, iaitu 80 peratus daripada keseluruhan. 59 kerusi mewakili 81 peratus daripada keseluruhan kerusi Dun Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook