Latest News

Monday 12 March 2018

PRU-14 SABAH: KESAN PAKATAN UNDI WARISAN-PH


Matlamat utama sesebuah parti bertanding adalah untuk menang. Demikian juga parti Warisan Sabah, bertanding untuk menewaskan parti Barisan Nasional.

Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan (DAP-PKR-PPBM-Amanah) menggunakan pendekatan tahun 1985 antara parti PBS dan parti Usno, berpakat undi tetapi tidak bergabung.

Parti Warisan Sabah sebagai parti dominan dalam pakatan undi antara parti-parti dalam PH. Oleh kerana parti pimpinan Shafie itu mahu menjadi dominan, maka setidak-tidaknya bertanding 60-70% daripada 60 Dun, atau dengan kata lain 36-42 kerusi, ertinya 24-18 kerusi ditandingi parti-parti dalam PH.

Menrusi pendekatan itu, pakatan undi itu (electrol pack) antara parti-parti itu akan mendapat undi pengundi yang pernah mengundi parti-parti PKR/DAP/PAS pada PRU-13 lalu melalui Pakatan Rakyat. Jika pun ada pertambahan jumlah undi, kerana impak kehadiran Shafie dalam kumpulan pembangkang, hanya berkisar antara 5-6% undi secara keseluruhan.

Kencenderungan pengundian pengundi Sabah tidak akan jauh berbeza dengan kencenderungan pengundian pada PRU-13, campur tolak, kerana pertambahan pengundi baru, sehinggakan jumlah pengundi Sabah pada PRU-14 berjumlah 1.111juta berbanding tahun 2013, kurang daripada 1juta pengundi.

Dengan memperkirakan 78% jumlah pengundi menunaikan tanggungjawab, maka seramai 862,000 pengundi akan menentukan parti mana memerintah Sabah selepas PRU tersebut.

Berasaskan kencenderungn PRU-13 lalu dan data lapangan terkini, parti Bn akan mendapat undi tidak kurang daripada 499,600; manakala Warisan-PH akan mendapat 268,200 dan bakinya akan mengundi parti-parti dalam Gabungan Sabah (GS) dan lain-lain.

Jumlah undi 499,600 akan memwakili 46/59 kerusi Dun bagi 60/73. Makna kata, Bn akan terus memerintah Sabah dengan kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU-13 lalu, Bn menang 48 sementara pembangkang 12 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRU-14, ada kerusi pembangkang akan dirampas semula oleh Bn, akan tetapi ada kawasan Bn yang akan dirampas parti pembangkang.

Perkiraan di atas hanya berasaskan simulasi matematik, dan ianya berbeza dengan keadaan pilihanraya sebenar. Kekuatan jentera, dan pendekatan semasa kempen, boleh mengubah angka-angka ini. Namun, apa yang pasti, asas jumlah perolehan kerusi antara parti-parti yang bertanding akan berlegar-legar pada angka-angka tersebut.

Jika jentera dan pendekatan efektif Bn di kawasan-kawasan panas, mengena, tidak mustahil, Bn akan mendapat kerusi antara 54/69 daripada 60/73.

Cubaan parti Warisan-PH untuk mengenyahkan Umno daripada bumi Sabah, hanya tinggal angan-angan, apa tah lagi mahu membentuk kerajaan Negeri.

Kepada pemimpin parti lawan, hentikan lah menabur fitnah, janji-janji bulan bintang, politik retorik, kerana rakyat Sabah, sudah bosan dengan perubahan kerajaan, kerana rakyat Sabah sudah mengalaminya beberapa kali.

Kemajuan & pembangunan Sabah sudah dilandasan betul. Rakyat Sabah sudah terjamin di bawah pemerintahan Bn, khususnya komitmen daripada Perdana Menteri- Dato Seri Najib Razak. Belum pernah dalam sejarah negara ini, seorang Perdana Menteri begitu komited terhadap kemajuan & pembangunan Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook