Latest News

Wednesday 14 March 2018

PRU-14 SABAH: WILAYAH UMNO/BN-PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERANGAN-ANGAN


FAKTA menunjukkan, sejauh manapun putar belit parti pembangkang Sabah, di kawasan wilayah Umno/Bn, daripada 10 pengundi berdaftar, 7 adalah pengundi Bn.

Memang diakui di kawasan majoriti KDM, keadaan adalah Bn 5 dan pembangkang 5. Sebab itu pemenang ditentukan oleh jentera dan keadaan semasa kempen. Manakala di kawasan majoriti kaum cina, tidak seperti PRU-13 lalu, keadaan sekarang berada pada keadaan 5:5, walaupun ada kawasan seperti Sri Tanjung. Luyang masih berkedudukan Bn 3, manakala pembangkang 7.

Berasaskan masukan data pengundi, jika 862,000 pengundi keluar mengundi pada PRU-14, 499,600 adalah pengundi Bn, manakala bakinya adalah pengundi W/PH, GS dan lain-lain.

499,600 undi diterjemahkan kepada 59 kerusi, jika 73 kawasan DUN digunapakai, manakala jika masih 60, jumlah undi itu diterjemahkan kepada 46 kerusi.

Undi W/PH, tidak akan melebihi 270,000, dan jumlah undi itu diterjemahkan kepada 13 kerusi, dan sudah tentunya sebahagian besarnya di kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang pada PRU-13.

Pada PRU-14, bakal berlaku, pertukaran kawasan yang dimenangi pembangkang, kerana ada kawasan yang ditawan semula Bn, manakala ada kawasan Bn yang ditawan pembangkang.

Meskipun di atas kertas, undi Bn berlegar-legar pada angka di atas, namun ianya sangat terletak kepada sejauh mana jumlah itu dikekalkan sehingga pembuangan undi.

Jentera Bn di setiap PDM, perlu memasang gear lima kalau boleh enjin turbo, sehingga pembuangan undi.

Kalau berasaskan perkiraan, mungkin juga ramalan, pembuangan undi samada pada 5 Mei atau 12 Mei.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook