Latest News

Wednesday 7 March 2018

PRU-14: SUDAH BOBROK KAH POLITIK MALAYSIA?


Contoh permainan politik bobrok Malaysia, apabila pemimpin PKR memberi gambaran bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana politik, sedangkan satu dunia tahu, bahawa mantan TPM itu dipenjarakan kerana salah laku seks.

Contoh berikutnya adalah isu berkaitan 1MDB & Jho Low. Jho Low tiada kaitan langsung dengan syarikat GLC itu, tetapi dipolitikkan sedemikian rupa, seolah-olah Jho Low adalah 1MDB, dan 1MDB adalah Jho Low.

Apa yang malang, pemimpin seperti Tan Rais Yatim, terjebak sebahagian yang percaya, bahawa 1MDB adalah Jho Low demikian juga sebaliknya, sehinggakan beliau mendakwa bahawa Menteri Komunikasi dan Mutimedia- Datuk Salleh Said Keruak mempertahankan Jho Low, apabila menteri itu mengatakan untuk rekod sedia ada, tiada keterkaitan antara Jho Low dengan kapal mewah Equanimity yang ditahan penguasa Indonesia, di Pulau Benoa, Bali.

Tiada mana-mana pihak yang boleh mengesahkan, bahawa Jho Low adalah pemilik kapal mewah itu, termasuklah DOJ yang mahu bercadang menyita kapal mewah itu.

Persoalannya mengapa Malaysia perlu terlibat dengan harta yang bukan miliknya? Tiada bukti bahawa Equanimity dibeli menggunakan wang 1MDB, kerana berulang kali, syarikat itu mengatakan, tiada transaksi yang melibat urusniaga sedemikian, selain itu, syarikat itu acap kali mengeluarkan kenyataan, tiada wang syarikat itu yang hilang. Kenyataan syarikat itu, telah disokong oleh agensi berwajib yang menyiasat syarikat itu, PDRM, SPRM, Bank Negara dan PAC Dewan Rakyat, termasuklah Ketua Audit Negara.

Melihat kepada cara para pemimpin politik yang melawan parti Bn di negara ini, menunjukkan, bahawa politik mereka adalah politik bobrok, tidak lagi bersandarkan kepada politik matang.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook