Latest News

Wednesday 14 March 2018

PRU-14: TUN DR MAHATHIR MAIN PSYWAR


Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa PRU-14 adalah PRU terkotor yang pernah berlaku di negara ini, kerana kononnya, DS Najib Razak sesuka hati menukar daftar pengundi, menukar persempadanan, semata-mata untuk menang.

Bagi mereka yang mempercayai dakwaan mantan PM itu, adalah tergolong mereka yang langsung tidak menerima fakta dan kebenaran, kerana semua tuduhan itu, adalah tuduhan bohong & fitnah.

Daftar pengundi terkumpul, pada satu-satu kawasan, kerana tindakan pengundi sendiri mendaftar di kawasan-kawasan sedemikian, manakala Persempadanan semula adalah kerana tuntutan Perlembagaan.

Mantan Perdana Menteri itu sedang bermain psywar, sebagai tindakan premtif untuk mempengaruhi pengundi, seperti mana tindakan Pakatan Rakyat pada PRU-13, bahawa 40,000 Bangla tersenarai sebagai pengundi.

Pakatan Harapan mengwar-warkan sebenarnya mereka akan menang PRU-14, kecuali ditipu. Dakwaan-dakwaan seumpama ini, hanya mengumpul pendapat, supaya pengundi percaya, dan kemudiannya menyebelahi mereka.

Sementara para pemimpin Bn terpaku dengan soal-soal ekonomi, pembangunan, pembelaan kepada rakyat, para pemimpin pembangkang pula menumpukan pada isu-isu mudah, akan tetapi berimpak besar.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook