Latest News

Tuesday 27 March 2018

PRU14 : KESAN TAMBAHAN 13 KERUSI DUN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerusi Dewan Undangan Sabah sudah meningkat ke 73 Kerusi Dewan Undangan Sabah... Oleh FB Darell Leiking  (screenshot)

Tambahan 13 DUN Sabah, sebenarnya hanya diperlukan, jika 60 wakil rakyat yang ada mengalami kesukaran memberi khidmat kepada pengundi.

Persempadanan perlu dilakukan dalam tempoh 8 tahun. Walaupun persempdanan dilaksanakan, tidak semestinya digunapakai oleh kerajaan yang memerintah.

Apabila, tambahan DUN digunapakai, maka ianya akan menambah perbelanjaan kepada negeri, kerana perlu membayar elaun dan kelayakan lain kepada ADUN yang baru itu. Adalah menerusi perbandingan komparatif, maka lebih baik kerajaan negeri mempertahankan jumlah 60 berbanding 73, kerana, elaun atau kelayakan bagi ADUN yang baru itu lebih baik digunakan untuk membina kemudahan keperluan rakyat.

Kerajaan negeri, tidak dapat menghalang peruntukan undang-undang yang ada pada SPR dalam melaksanakan persempadanan baru, namun kerajaan boleh atau menangguhkan menangguhkan penggunaan kawasan-kawasan baru tersebut.

Pertimbangan kerajaan negeri menangguhkan penggunaan 13 DUN tambahan, selain pertimbangan kos, juga kawasan yang sedia ada, wakil rakyat yang dipilih masih mampu menjalankan perkhidmatan bagi setiap pengundi.

Tidak timbul takut atau berani, kerana kerajaan yang ada bukan mendasari penangguhan penggunaan tambahan 13 DUN takut kalah, kerana kesemua 13 kawasan itu, sebenarnya adalah wilayah BN. Jika 13 kawasan itu digunapakai, Bn akan menang 59 kerusi daripada 73 pada PRU-14, sama juga keadaannya jika menggunakan 60 kawasan, Bn akan menang 46, sementara pembangkang 14. Melihat kepada keadaan itu, tambahan jumlah DUN, tidak memberi kesan yang signifikan, kerana baik 46 atau 59, adalah kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Dakwaan MP Penampang itu, yang mendakwa DS Najib Razak terlalu lama mengambil masa mencadangkan persempadanan semula Negeri Sabah ke Dewan Rakyat sebenarnya membawa misi tertentu, jika PM membawanya tanpa persetujuan kerajaan negeri, maka, beliau akan berhujah, bahawa Sabah tiada kuasa.

Melihat kepada keadaan persempadanan semula Negeri Sabah sehingga kini belum dibawa ke Dewan Rakyat, kerana Kerajaan Negeri belum memberi isyarat lampu hijau, menunjukkan, bahawa Sabah mempunyai kuasa tertentu yang tidak boleh dilangkaui, termasuk Perdana Menteri.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook