Latest News

Tuesday 27 March 2018

PRU14: MA63 DIMASUKKAN SEBAGAI MANIFESTO BN BUKTI SABAH TIDAK PERNAH DIPINGGIRKAN


Penulis belum bisa mengulas, sebab musabab, mengapa MA63 dimasukkan dalam Manifesto Bn.

Ada dua pemimpin Sabah mengesa agar MA63 dimasukkan dalam manifesto, iaitu Menteri Luar- Datuk Seri Anifah Aman, dan Pemangku Presiden UPKO- Datuk Matius Tangau.

Ekoran kenyataan dua pemimpin itu, Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan, bahawa MA63 akan dimasukkan sebahagian daripada Manifesto Bn bagi PRU-14.

Keputusan memasukkan MA63 dalam manifesto Bn, ada yang pro dan kontra. Bagi mereka yang kontra, MA63 tidak diperlu dimasukkan dalam manifesto, kerana manifesto bukanlah binding dalam segi undang-undang, kerana manifesto hanya merupakan janji-janji yang bakal dilaksanakan, sedangkan MA63 itu sendiri telah binding dalam segi undang-undang, ertinya tidak perlu janji-janji lagi, melainkan hanya terletak kepada keinginan/kesanggupan/desire untuk dilaksanakan.

Bagi mereka yang pro pula, memasukan MA63 dalam manifesto, maka ada asas untuk dipertikaikan jika ianya tidak ditunai, makna kata, dengan memasukkan dalam manifesto, maka tidak timbul lagi isu keinginan/kesanggupan/desire melainkan ianya perlu dilaksanakan, kerana KPI manifesto akan diukur pada hujung penggal 5 tahun.

Adalah perakui, sejak MA63 dipolitikkan, tidak ramai ramai tahu, mana satu butiran dalam MA63 tidak dilaksanakan, dan mana butiran terlebih dalam pelaksanaannya. Apabila dimasukkan dalam manifesto, akan diketahui check list, butiran mana yang mengundang pertikaian.

Memasukkan MA63 dalam manifesto, tidak semestinya sebaris dengan janji-janji lain, kerana manifesto mempunyai bab-bab atau tajuk-tajuk keutamaan atau teras.

Dalam pandangan penulis, kemungkinan besar, MA63 dimasukkan dalam manifesto, adalah untuk menyelasaikan isu itu once for all, kerana sekian lama isu itu dibangkitkan, hanya kali ini, Bn benar-benar mengambil tindakan pro-aktif.

Walaupun Dr Jeffery Kitingan adalah pemimpin Sabah yang sangat konsisten bercakap berkaitan MA63, kemudiannya disertai pemimpin lain, samada daripada Barisan Nasional mahu pun pembangkang, setakat ini, rakyat Sabah masih kabur, butiran mana dalam MA63 tidak dilaksanakan, sebab itu Perdana Menteri berulang kali menyatakan dengan istilah, JIKA ADA YANG TERAMBIL DENGAN TIDAK SENGAJA, maka perlu dikembalikan dengan segera. Menerusi kenyataan Perdana Menteri itu, maka masih tidak jelas butiran mana yang terambil, dan butiran mana yang terlebih laksana.

Apapun , sama-sama kita nantikan, perakara apa berkaitan MA63 yang dimasukkan dalam Manifesto BN!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook