Latest News

Friday 2 March 2018

RAKYAT PERLU TAHU BEZAKAN BERITA SEBENAR DAN PALSU


Pembangkang memilih cerita palsu dan bohong, kerana hanya itu sahaja senjata mereka. Rakyat yang rasional, sudah tentu tidak akan terpengaruh dengan cerita-cerita sedemikian. Memanglah, kalau memviralkan cerita palsu dan bohong, ramai yang membaca, akan tetapi, tidak bererti menyokong dan menerima. Sebab itulah pembangkang hanya syiok sendiri.

Rakyat Singapura telah buktikan menerusi pilihanraya negara itu pada tahun 2015, kerana kalau dilihat daripada respon terhadap parti People Workers Party, semacam telah menang sebelum pilihanraya. Namun faktanya pada pilihanraya sebenar, parti itu kalah teruk. Demikian juga pada PRN Sarawak tahun 2016, sebelum pilihanraya, kalau dilihat daripada respon terhadap parti-parti pembangkang termasuk kajian-kajian pihak tertentu, semacam Bn Sarawak akan kalah teruk, namun faktanya, pembangkang yang kalah teruk.

Memang, cerita palsu dan berita palsu mempunyai impak besar pada PRU tahun 2008 dan 2013, sebabnya pengguna media sosial belum menyedari keadaan sebenar, kerana pihak kerajaan tidak ambil kisah sangat berkaitan cerita-cerita di media sosial. Namun selepas itu, pihak kerajaan mengambil tahu, dan memberi respon pantas berkaitan berita atau cerita-cerita palsu, sehinggakan SKMM menubuhkan portal www.sebenarnya.com.

Kini, rata-rata pemimpin Kerajaan (BN) semuanya mempunyai akaun media sosial. Mereka berinteraktif dengan semua lapisan rakyat. Menerusi cara demikian, rakyat mendapat maklumat sebenar. Menerusi kaedah itu, maka jika pada PRU 2008 & PRU 2013, pembangkang menguasai media sosial, kini tidak lagi.

Pembangkang terlupa, bahawa cerita bohong itu hanya mempunyai tempoh masa singkat, dan apabila rakyat majoriti mengetahui dan menyedari, bahawa pembangkang hanya menabur cerita palsu dan bohong, khususnya yang disiarkan oleh portal-portal pro mereka, akhirnya rakyat telah muak.

Rakyat telah buktikan bahawa isu 1MDB tiada pengaruh terhadap trend pengundian, sebab itu menerusi PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar dan Tanjong Datu (Sarawak), calon pembangkang kalah teruk, sedangkan masa itu, 1MDB sedang hangat dibicarakan oleh pembangkang.

Kini isu 1MDB adalah isu basi, GST isu basi. Pembangkang masih menggunakan isu basi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook