Latest News

Tuesday 27 March 2018

SHAFIE CAKAP KOSONG DENGAN PENDUDUK KOTA MARUDU


28 Julai 2015, belum dua tahun. Tarikh itu adalah pemecatan Datuk Shafie Apdal daripada menteri kabinet. Beliau bukan meletakan jawatan (give up) tetapi dipecat.

Perdana Menteri sebelum memecat MP Semporna itu daripada jawatan menteri, telah memberi isyarat dalam mesyuarat kabinet, bahawa sebarang keputusan kabinet perlu secara konsesus, dan jika ada menteri tidak setuju dengan keputusan sedemikan, maka perlu meletakkan jawatan. Namun Shafie, meskipun secara terang-terangan sudah tidak mematuhi keputusan kabinet, tidak juga meletakkan jawatan.

Mengapa Shafie terpaksa tidak sehaluan dengan kabinet? Sebabnya, Perdana Menteri menarik kuasa beliau meluluskan projek-projek di bawa KKLW sebaik sahaja, pihak SPRM menyiasat penyelewengan dana kementerian itu daripada tahun 2009-2015 untuk pembangunan luar bandar Sabah.

Shafie terpaksa berdolak-dalik, ikut rentak Tun Dr Mahathir merekayasa cerita berkaitan 1MDB, kerana beliau tahu, apabila dipecat akan beliau putar belitkan pemecatan itu untuk klentong rakyat, seperti mana beliau laku di Kota Marudu.

Rakyat Sabah perlu tahu, kerana tindakan dolak-dalik mantan Naib Presiden Umno itu, maka Perdana Menteri tiada pilihan melainkan memecat beliau, kerana bertindak sebagai musang berbulu ayam, bertindak sebagi gunting dalam lipatan.

Rakyat Sabah perlu tahu, bahawa mantan menteri KKLW itu sedang disiasat oleh SPRM kerana terlibat skandal penyelewengan dana kementerian itu sebanyak RM1.5bilion, skandal Mara di Austarlia, serta kehilangan wang RISDA sebanyak RM15.5juta.

Rakyat Sabah perlu tahu, dana yang disediakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan kemudahan asas luar bandar Sabah seperti Bekalan Air bersih, bekelan eletrik luar bandar, jalan raya luar bandar berjumlah RM7.5bilion daripada tahun 2009-2015, tidak sampai ke sasaran, dan sebagai akibatnya, rakyat yang memerlukan kemudahan seumpama itu tidak menikmatinya.

Shafie selama 22 tahun, tiada niat memajukan Sabah, meskipun diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Persekutuan, termasuklah kawasan beliau Semporna.

Kepada rakyat Sabah, apa yang dijanjikan oleh Presiden parti Warisan Sabah itu, hanya klentong, hanya janji retorik, janji politik, kerana bukti nyata, meskipun semasa ada kuasa dengan berbekalkan dana kerajaan berbilion ringgit, tidak juga memajukan rakyat, sebaliknya, hanya memperkaya para kroni beliau, dengan cara yang salah.

Boleh kah pemimpin seumpama itu diharapkan? Sedangkan sudah terbukti, harapkan pagar, pagar makan padi!!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook