Latest News

Friday 23 March 2018

SHAFIE JANGAN SOMBONG


Kalau bukan parti Umno, Datuk Shafie Apdal tidak akan menempa nama. Kalau bukan parti Barisan Nasional dan Umno, beliau tidak akan menjadi wakil rakyat.

Rakyat menyokong parti Umno dan Bn, sebab itu seseorang yang dicalonkan mewakili parti itu maka disokong dalam pilihanraya.

Shafie kena ingat, banyak juga parti-parti bertanding di Sabah pada setiap pilihanraya, namun parti itu tidak mendapat sokongan, maka calonnya juga tidak menang.

Shafie kena menerima hakikat, bahawa sokongan rakyat bukan pada pemimpin akan tetapi pada parti. Sebagai contoh, Tan Sri Harris Salleh, Datuk Yong Teck Lee adalah mantan-matan Ketua Menteri Sabah, namun apabila bertanding menggunakan parti yang tidak disokong rakyat, maka gagal menang.

Shafie jadi Menteri kerana parti. Shafie jadi menteri KKLW kerana Dato Seri Najib Razak, kerana kuasa melantik menteri adalah kuasa penuh Perdana Menteri.

Shafie kena ingat, bukan beliau sahaja MP Sabah, namun, kerana kuasa melantik jawatan Menteri adalah kuasa Perdana Menteri, maka beliau diberi peluang menjadi menteri.

Para penyokong mantan Naib Presiden Umno itu mendakwa, bahawa MP Semporna itu banyak berjasa kepada Sabah, tetapi mereka terlupa bahawa Shafie boleh menjadi pemimpin, boleh jadi menteri kerana parti, bukannya kerana beliau bernama Shafie Apdal.

Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, dalam pesanan terakhir beliau pada satu majlis bantuan rakyat pada 24 Februari 2018 di Tawau, mengakui, bahawa beliau dapat membela rakyat, membantu rakyat kerana parti Umno dan Bn, bukannya atas kapasiti peribadi beliau. Pendek kata, yang berjasa itu adalah parti dan kerajaan yang ditunjangi parti.

Shafie mendabik dada, kononnya berjasa, sedangkan dakwaan beliau, seperti kacang lupakan kulit.

Rakyat Sabah tidak akan lupa, bahawa hak-hak rakyat semasa Shafie menjadi menteri KKLW daripada tahun 2009-2015 telah dinafikan, sehinggakan dana kementerian itu berjumlah RM1.5bilion hilang begitu sahaja. Malah, ekoran daripada kehilangan dana itu, MP Kalabakan- Datuk Ghafur Salleh mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan, agar menggantikan wang yang hilang itu, untuk faedah rakyat, kerana rakyat perlu mendapatkan hak-haknya.

Kepada rakyat Sabah yang terpengaruh dengan dakyah pemimpin Parti Warisan Sabah, kononnya Presiden parti banyak berjasa, maka perlu diberi sokongan, perlu berfikir semula, kerana faktanya, bukan Shafie yang berjasa, melainkan parti dan kerajaan yang diterajui parti.

Rakyat Sabah perlu ingat, Shafie diberikan amanah dan tanggungjawab oleh parti dan kerajaan, namun beliau gagal menjalankan amanah & tanggungjawab. Bagai mana kah seseorang yang gagal dikatakan berjasa????.

Seseorang pemimpin yang boleh dikategorikan berjasa, apabila amanah & tanggugjawab yang diberikan parti & kerajaan, dilaksanakan dengan penuh amanah & bertanggungjawab.

Bagi kerajaan Sabah, yang diterajui Tan Sri Musa Aman, amanah & tanggungjawab yang diberikan parti & kerajaan dilaksanakan sebaik mungkin, sebab itu, keluasan hutan kekal Sabah terus bertambah, pembangunan Sabah semakin rancak, simpanan kewangan negeri terus meningkat.

Selain itu, demi faedah rakyat, kerajaan Sabah melaksanakan Geran Komunal bagi mengelak tanah-tanah negeri yang diberikan kepada rakyat akan terus dapat diwarisi, kerajaan memperuntukan sejumlah wang untuk kos pengangkutan supaya harga barangan di kawasan-kawasan pedalaman tidak meningkat.

Kerajaan sebenarnya sangat bertanggugjawab, namun kerana ada pemimpin yang diberikan amanah & tanggungjawab, menjadi petualang, seperti mana dilakukan Datuk Shafie Apdal, maka imej parti & kerajaan tercalar.

Kepada rakyat Sabah, sempena PRU-14, rakyat kena akur, bahawa calon-calon yang dikemukakan parti perlu disokong, kerana mereka itu, adalah calon-calon yang mempunyai rekod mem

egang amanah & tanggujawab. Mereka itu, berjuang kerana parti demi rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook