Latest News

Monday 5 March 2018

SHAFIE KELENTONG RAKYAT LAGI


Siapa cakap rakyat Sabah boleh mengarahkan Kerajaan Persekutuan. Bukti jelas, semasa Kerajaan Usno yang diterajui Bapa Kemerdekaan Sabah tidak juga dapat mengarahkan Kuala Lumpur.

Kalau dikatakan Kerajaan Negeri yang kuat kerana mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri, Parti Berjaya dan Parti PBS juga mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri, makna kata kerajaan Negeri cukup kuat. Tanya pada Tan Sri Harris Salleh dan Tan Sri Pairin Kitingan, adakah kerajaan yang mereka pimpin dapat mengarahkan Kerajaan Persekutuan.

Tuntutan Filipina ke ke atas Sabah sejak sebelum merdeka, berterusan pada era Usno, era parti Berjaya dan era parti PBS, dan kini era Umno Sabah.

Mengapa tuntuntan itu dimainkan di Filipina? Sebab ianya digunakan sebagai isu politik, bagi sesiapa yang mahu jadi Presiden Negara itu. Filipina sejak sekian lama, tidak pernah membawa tuntutan itu di mana-mana di dunia, termasuk Bangsa-Bangsa Bersatu, sebab negara itu tahu, jika tuntutan itu dikemukan, badan dunia, atau badan perundangan dunia termasuk Mahkamah antarabangsa akan memutuskan, bahawa Filipina tiada hak lagi terhadap Sabah, sebab asas utama tuntutan itu adalah Kesultan Sulu, sedangkan kesultan itu sudah berdekad tidak diiktiraf di di Filipina, ertinya status tuntutan ke atas Sabah dengan sendirinya termansuh.

Bagai mana Shafie kata, bahawa Kerajaan Persekutuan (Putrajaya) perlu ikut telunjung Sabah? Era PBS telah buktikan, melalui slogan kerajaan itu, Sabahan will Show The Way, apa yang dipamerkan? Sabah jatuh miskin, kadar kemiskinan di atas 30%. Pembangunan Sabah tersendat, malah terbelakang, sehinggakan Sabah menempati urutan teratas daripada segi jumlah miskin tegar.

Shafie lupa, bahawa selama 22 tahun, beliau mengagung-agungkan kerajaan Sabah yang ada, dan hanya kerana beliau sudah menjadi pembangkang, maka mencuba mengelontang rakyat Sabah.

Lupa kah Shafie, dana yang diamanahkan kepada beliau semasa menteri KKLW? Ke mana sudah dana itu? Jika beliau benar-benar mempunyai niat memajukan Sabah, sudah tentu tidak tergamak membiarkan dana RM1.5bilion yang beliau kawal diselewengkan.

Masa ini, Shafie hanya berdolak dalik. Mahu mempergunakan rakyat untuk mengembalikan kedudukan beliau yang telah hilang.

Rakyat Sabah perlu bertanya, selama 22 tahun, apa perjuangan Shafie untuk rakyat? Sedangkan kawasan beliau sendiri, beliau tidak majukan. Boleh percaya kah pada seseorang pemimpin yang mengabaikan kawasannya selama 22 tahun? Tepuk dada tanya selera!!!

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook