Latest News

Monday 5 March 2018

SHAFIE PUNYA PELUANG 22 TAHUN UNTUK MAJUKAN SABAH TAPI DISIA-SIAKAN


Tempoh masa 22 tahun, bukan singkat. Dalam masa itu, Umno dan Bn adalah parti yang menaikkan nama Shafie.

Rakyat Sabah amnya dan ahli Bn khususnya telah mempercayai MP Semporna itu sebagai perantara dengan kerajaan Persekutuan, kerana beliau diberi peluang bermula sebagai Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri penuh dan terakhir sebagai Menteri KKLW kementerian yang disifatkan sebagai kementerian kanan, kerana menerusi kemententerian itulah rakyat luar bandar penyokong kuat Umno dan Bn bermastautin.

Khusus untuk Sabah, rakyat Sabah mengharapkan setinggi gunung pembelaan beliau berkaitan kemajuan luar bandar, khusus kemudahan asas rakyat.

Namun apa yang berlaku, apabila beliau merasa gagah, kerana selain sebagai Naib Presiden Umno dan Menteri KKLW, beliau menjadi angkuh dan sombong. Menerusi keangkuhan dan kesombongan beliau itu, amanah yang diberikan rakyat Sabah dan juga Perdana Menteri beliau sia-siakan, sehinggakan beliau tergolong sebagai Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.

Jika benar beliau mempunyai niat membela rakyat Sabah, tempoh masa 22 tahun adalah mencukupi, apatah lagi beliau menerjaui kementerian yang mempunyai dana yang cukup besar, dan sememangnya untuk pembangunan & Kemajuan Luar Bandar.

Kalau lah beliau benar-benar ikhlas membela Sabah, beliau tidak perlu menunggu sebagai pembangkang untuk bercakap berkaitan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Pada kedudukan sebagai Naib Pressiden Umno dan ahli kabinet, beliau mempunyai kedudukan ke tiga selepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Pada kedudukan itu, peluang dan ruang terbuka luas, dan bukan itu sahaja, beliau merupakan salah seorang kata pemutus berkaitan dasar-dasar negara, termasuk dasar luar negara.

Tanya Datuk Seri Anifah Aman, apa kah MP Semporna itu pernah bercakap berkaitan tuntutan Filipina ke atas Sabah pada mesyuarat jemaah menteri. Jika di parlimen, memangpun tiada, kerana semakan hansard parlimen, MP Semporna itu tidak pernah membangkitkan isu itu.

Jadi mengapa sekarang, beliau beria-ia sangat bercakap berkaitan tuntutan Filipina ke atas Sabah? Ini namanya, tindakan kelentong tahap gaban, tujuannya hanya mahu memperngaruhi rakyat supaya beliau mendapat semula kedudukan yang telah hilang.

Bersandar kepada tag yang ada pada MP Semporna itu, khususnya semasa menerrajui KKLW, seharusnnya, tiada rakyat Sabah yang menyokong beliau.

Kepada Datuk Shafie, ruang & peluang telah diberikan, namun kerana kamu tiada nait yang ikhlas, sebab itu, kamu dipecat daripada Kabinet pada tahun 2015.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook