Latest News

Monday 26 March 2018

SIAPA PENENTU PEMENANG PILIHANRAYA ?


Penentu pemenang pilihanraya adalah pengundi, walaupun ianya dikaitkan dengan parti, calon dan persempadanan.

Tiada jaminan, bahawa persempadanan memenangkan sesebuah parti, seperti mana dakwaan setengah pihak di negara ini, walaupun pengalaman lalu-lalu setiap persempadanan baharu, memberi keuntungan kepada parti Barisan Nasional.

Ada pihak-pihak tertentu di negara ini, memberi gambaran, bahawa kawasan persempadanan pilihanraya negara, adalah sesuatu yang tidak adil, jika dilihat daripada undi popular, kerana pemenang, pilihanraya adalah parti yang tidak mendapat undi popular.

Keadaan ini, sebenarnya bukan sahaja berlaku pada negara-negara yang mengunakan sistem berparlimen, akan tetapi juga pada negara-negara yang menggunakan 'electoral system” seperti Amerika.

Bagi sistem berparlimen, pemenang ditentukan berasaskan “First Past The Post” bukannya berasaskan kepada undi polular, sebab itu pada PRU-13 lalu, walaupun Bn mendapat 47% undi akan tetapi menang dengan 60% kerusi, berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat undi popular 51% akan tetapi hanya menang 40% kerusi.

Kawasan pilihanraya negara ini, terbahagi kepada dua, kawasan bandar & kawasan luar bandar. Kawasan bandar sinonim dengan kepadatan penduduk dan kawasan sempit, manakala kawasan luar bandar kurang penduduk akan tetapi kawasan yang cukup luas.

Persempadan ini, memang dikira adil, jika diambil kira perkhidmatan seorang wakil rakyat. Bagi kawasan bandar, seorang wakil rakyat boleh berkhidmat sehari suntuk melibatkan hampir 90% penduduk yang diwakili, kerana taburan penduduk yang dekat dengan satu sama lain, manakala kawasan luar bandar, tidaklah demikian. Bagi kawasan luar bandar, paling efektifpun perkhidmatan seorang wakil rakyat, akan dapat melawat 2-3 kampung, daripada 10-20 kampung.

Apa yang cuba dinafikan oleh para pengeritik berkaitan persempadanan pilihanraya negara, adalah segi perkhidmatan seseorang wakil rakyat kepada pengundi yang diwakili.

Adalah tidak adil bagi wakil rakyat luar bandar walaupun mewakili jumlah penduduk yang sedikit berbanding bandar, kerana wakil rakyat luar bandar memerlukan lebih masa dan tenaga serta sokongan logistik yang lebih tinggi berbanding kawasan bandar.

Memang benar, fakta PRU-13 lalu, kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat, rata-rata jumlah pengundi adalah 77,000, berbanding BN 45,000. Namun daripada segi keluasan kawasan, kawasan yang dimenangi PR hanya meliputi 20% , manakala yang dimenangi Bn 80%. Malah ada sesetengah kawasan parlimen luar bandar sebesar sebuah negeri, sebagai contoh Parlimen Kinabatangan seluas Negeri Pahang, Parlimen Kota Belud seluas Negeri Perlis.

Jika dilihat daripada segi perkhdimatan kepada rakyat, sebenarnya, persempadanan yang berkuat kuasa yang ditentukan oleh SPR, terlihat cukup adil. Sebab itu, jika ada pihak-pihak yang mendakwa, bahawa pemenang tidak disokong oleh undi popular, sebenarnya satu anggapan relatif.

Kini, pihak pembangkang cuba menonjolkan bahawa persempadanan merupakan satu cara menafikan kemenangan mereka, namun mereka sungguh tidak adil bagi kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar yang kurang padat penduduk tidak boleh menyokong parti yang berorentasikan kepada merit, kerana jika menyokong parti sedemikian, maka akan ketinggalan sepanjang zaman. Kawasan Bukit Bintang, tidak boleh dibandingkan dengan Parlimen Beluran, kerana Bukit Bintang adalah kawasan maju, di mana penduduknya tidak memerlukan pembangunan kemudahan asas, kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan dan sebagainya, kerana semuanya lengkap.

Sebab itulah di negara ini, Parti BN yang berorentasikan rakyat yang perlu dibela, khususnya kawasan luar bandar, sentiasa mendapat sokongan pengundi daripada kawasan sedemikian, manakala di

kawasan seperti Petaling jaya, Bukit Bintang dan kawasan-kawasan bandar sentiasa ditolak, kerana pengundi di kawasan demikian tidak memerlukan pembelaan kerajaan, kerana memangpun pengundinya sudah mampu berdikari, yang penting bagi mereka, hanya keselamatan,
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook