Latest News

Monday 5 March 2018

SITUASI SEMASA POLITIK PARLIMEN SEPANGGAR

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KEKAL atau TUKAR... Oleh FB Eiza Azie (screenshot)

Parlimen Sepanggar ada 2 Kawasan DUN, Karambunai dan Inanam. Pada PRU-13, kedudukan 2-1, dua bagi Bn dan 1 pembangkang.

Parlimen Sepanggar dimenenagi calon Bn daripada Umno, demikian juga Dun Karambunai. Manakala Dun Inanam dimenangi calon PKR.

Bagi Parlimen Sepenggar Undi Bn sebanyak 22,845 dan yang terdekat daripada DAP 13,403, dengan itu majoriti kemenangan 9,442. Bagi Dun Karambunai pula Bn mendapat undi 14,818, undi terdekat daripada PKR 5,542; dengan itu Bn menang dengan majoriti 9,276. Bagi Dun Inanam undi Bn 5,724, manakala PKR 8,926, dengan itu calon Bn tewas 3,202 undi.

Melihat kepada keputusan PRU-13, nampaknya, kawasan Parlimen Sepanggar, tidak lah sepanas seperti dakwaan “penyokong” Bn itu. Memang Bn memerlukan penyokong seumpama itu, kerana kerajaan yang dibentuk Bn sebenarnya membela rakyat secara menyeluruh, berkaitan kemudahan asas rakyat. Perkhidmatan perorangan, adalah cara wakil rakyat berkhidmat. Memanglah perkara molek, jika wakil rakyat dipilih, datang rumah ke rumah, namun, kemungkinan kekangan masa, maka ianya tidak sempat dilaksanakan.

Kepada “yang mengaku mengundi Bn itu” hanya ucapan terima kasih dapat disampaikan, kerana dengan tindakan mengundi Bn, maka anda juga termasuk yang menentukan kemajuan & pembangunan Sepanggar dilaksanakan, kerana itu perjuangan Bn. Jika anda masih tetap menyokong pembangunan & kemajuan Sepanggar, undilah terus Bn, tanpa melihat siapa calon.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook