Latest News

Saturday 3 March 2018

SURAT LAYANG MODEN UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Sebelum adanya internet dan media sosial, pembunuhan karakter seseorang ahli politik dilakukan menerusi Surat Layang. Walaupun fitnah menerusi surat layang tidak luas jangkauannya, akan tetapi boleh menjatuhkan seseorang pemimpin malah kerajaan.

Pengalaman Sabah, semasa Kerajaan Parti USNO tewas pada PRN tahun 1976, kerana pembunuhan karakter yang disebarkan menerusi surat layang, yang kemudiannya dipetik surat khabar bercetak.

Kini surat layang moden, dilakukan menerusi internet dengan menyalahgunakan kemudahan media sosial, seperti facebook, instagram, WhatSApp, blog, portal dalam talian dan sebagainya.

Pengguna yang berselindung pada akaun palsu atau pemilik blog yang mempunyai niat tertentu menyebar cerita bohong dan fitnah, malah ada yang sanggup membuat berita palsu, dengan menggunakan logo badan-badan yang sah.

Salah satu agensi yang tertempias berita palsu adalah Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP), di mana Sarawak Reports menggunakan LOGO KWSP, kononnya agensi itu telah menghantar atau membeli bilion ringgit bon daripada pihak-pihak luar negara.

Muslihat berita palsu itu jelas, adalah untuk menimbulkan panik kepada 14 juta pencarum, kerana mereka itu sebahagian daripada 15juta pengundi di negara ini.

Menimbulkan suasana panik, maka akan memperngaruhi mereka untuk menolak parti Barisan Nasional.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook