Latest News

Sunday 18 March 2018

TUN DR MAHATHIR CUBA TULIS SEMULA SEJARAH


Tun Dr Mahathir mengatakan, jika masa boleh diundur, maka beliau tidak akan memecat Dato Seri Anwar Ibrahim daripada Timbalan Perdana Menteri. Kenyataan itu bercanggah sekali dalam buku beliau “ A Doctor In The House” yang beliau tulis. Dalam buku itu, mantan Perdana Menteri itu mengatakan “ I made many mistakes but removing Anwar was not one of them”.

Kini, mantan Perdana Menteri itu menyalahkan pihak polis, kerana menurut Perdana terlama negara itu, pihak polislah yang mencadangkan agar Anwar dipecat kerana masalah moral.

Tun Dr Mahathir mahu lari daripada keadaan sebenar, kerana kuasa melantik dan melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri.

Tindakan Tun Dr Mahathir mengalih pandang kuasa beliau kepada pihak lain, merupakan tindakan terdesak dan cuba mengelirukan pandangan rakyat.

Tun Dr Mahathir sebenarnya adalah pemimpin yang termasuk dalam kategori pemimpin yang menghalalkan cara, semata-mata untuk memenuhi kehendak peribadi beliau.

Kini, mantan Perdana Menteri itu adalah sebahagian individu yang mahu meranapkan parti dan kerajaan yang pernah memberikan beliau kedudukan dan status. Selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri kerana Umno dan Bn, namun kini, parti dan kerajaan yang pernah beliau terajui adalah parti dan kerajaan yang perlu ditumbangkan.

Beliau sebenarnya terlalu cemburu dengan pencapaian kepimpinan Bn yang diterajui Perdana Menteri- Dato Seri Najib Razak, kerana telah melampui berkali ganda pencapaian beliau selama 22 tahun, walaupun DS Najib Razak hanya 9 tahun menjadi Perdana Menteri.

Menjelang PRU-14 ini, mantan Perdana Menteri itu terlalu banyak membuat pusingan U, semata-mata untuk mendapat sokongan politik.

Hakikat yang perlu diterima mantan Perdana Menteri itu, bentuk apapun pusingan U itu, tidak akan menyebabkan rakyat berpaling tadah daripada parti Bn.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook