Latest News

Thursday 8 March 2018

WANG UNTUK RAKYAT- SHAFIE BEDAL

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kenapa SHAFIE APDAL Mantan Menteri KKLW Malaysia di persalahkan sabah mundur... Oleh FB Ram Lee (screenshot)

Datuk Shafie adalah pemimpin yang diberi amanah oleh rakyat Sabah untuk dilantik ke jawatan Menteri KKLW, supaya kemajuan luar bandar Sabah dapat dipercepat supaya seiring dengan kemajuan di Semenanjung.

Peruntukan Persekutuan untuk Sabah yang disalurkan menerusi KKLW sebesar RM7.5bilion daripada 2009-2015 semasa Shafie jadi menteri tidak sampai kepada rakyat Sabah yang memerlukan.

Shafie tidak jujur, kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Wang sebanyak RM7.5bilion cukup banyak, kerana peruntukan itu sepatutnya telah menyelesaikan kemudahan asas rakyat luar bandar Sabah.

Kerana Shafie tidak bertanggungjawab, sebab itu semua pihak salahkan beliau, kerana jika wang sebanyak itu digunakan secara betul, maka rungutan rakyat luar bandar berkaitan bekalan air, jalan kampung, bekalan elektrik sudah selesai.

Sepatutnya wang untuk Sabah itu diberikan kepada Kerajaan Sabah, namun, Shafie enggan, sebagai impaknya, wang habis, rakyat melopong. Kerana rakyat yang memerlukan kemudahan asas sepatutnya sudah selesai, memnyalahkan kerajaan, maka pemimpin kerajaan tiada pilihan melainkan memberi tahu keadaan sebenar, bahawa wang peruntukan untuk itu sebenarnya disalahgunakan oleh mantan Menteri KKLW itu. Buktinya SPRM telah menahan beliau untuk siasatan lanjut.

Perlu diingat majoriti rakyat Sabah menyalahkan MP Semporna itu, bukan hanya para pemimpin Bn!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook