Latest News

Monday 2 April 2018

ANTARA PERSEMPADANAN SEMULA SABAH & NEGERI-NEGERI DI SEMENANJUNG


ADA satu sebab mengapa persempadan semula Sabah tidak dimasukkan dalam pembentangan persempadanan negeri-negeri di Semenanjung. Pertama, persempadanan negeri-negeri di Semenanjung tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi, bermakna hanya memerlukan suara majoriti mudah untuk diluluskan. Pada masa yang sama tidak perlu dibentangkan di Dewan Negara, hanya memadai mendapat perkenaan SPBA.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya Negeri Sabah, mempunyai dua matlamat, selain pertambahan jumlah-jumlah kerusi DUN juga Parlimen. Memandangkan, kajian persempdanan semula SPR yang membabitkan negeri-negeri di Semenanjung tidak membabitkan pertambahan kawasan, maka adalah bercelaru, jika dalam satu kertas cadangan, ada dua peringkat kelulusan yang diperlukan. Peringkat yang satu hanya memerlukan sokongan majoriti mudah, hanya perkenanan SPBA, sementara yang satu lagi, perlu suara 2/3, menerusi Dewan Negara, kemudian perkenaan SPBA. Memandangkan, kedudukan kerusi-kerusi Dewan Rakyat, maka akan timbul keadaan bercelaru, kerana dalam satu kertas cadangan, ada yang diluluskan dan ada yang tidak.

Adalah tindakan yang betul, menangguhkan pembentangan persempadanan kawasan pilihanraya Sabah yang mana pada masa ini hanya membabitkan kawasan DUN, sementara menunggu penyiapan SPR mencadangkan tambahan kerusi parlimen bagi negeri tersebut, kerana memangpun Kerajaan Negeri telah meminta kepada SPR menjalankan kajian penambahan kawasan parlimen, meningat keluasan kawasan parlimen negeri Sabah, ada yang seluas negeri-negeri di Semenanjung.

Dakwaan Datuk Shafie Apdal, kononnya Perdana Menteri “overrulled” keputusan Dewan Undangan Negeri Sabah, sebenarnya tidak timbul samasekali, kerana memang awal-awal lagi, kerajaan negeri, semasa bersetuju dengan penambahan kawasan DUN, maka juga perlu diikuti penambahan kawasan parlimen.

Kedudukan kerusi Dewan Rakyat, di mana BN tidak mempunyai kuasa 2/3, maka cadangan persempadanan semula yang melibatkan pertambahan jumlah kerusi parlimen, tidak akan tembus, kerana, tidak akan ada ahli parlimen pembangkang menyokongnya, untuk mendapatkan persetujuan 2/3 di Dewan Rakyat. Makna kata, cadangan seumpama itu, adalah cadangan sia-sia.

Para pemimpin seperti Shafie, cuba memesongkan rakyat berkaitan persempadanan semula negeri, seolah-olah, Perdana Menteri tidak menghormati keputusan Dun Sabah.

Adalah satu tindakan “blunder” mencadangkan sesuatu yang akhirnya tidak mendapat kelulusan. Jika itu yang berlaku, maka akan menjadi bahan putar belit pembangkang termasuk media asing yang pro mereka, bahawa kerajaan telah tewas sebelum pilihanraya.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook