Latest News

Thursday 12 April 2018

APA MANFAAT JIKA KITA SOKONG BN?


Kepada rakyat, yakinlah BN sentiasa dilandasan betul, sebab itu, badai taufan melanda, Bn akan tetap terbang TINGGI. TATAP BN..."


KITA menyokong Bn, bukan kerana namanya Barisan Nasional. Kita sokong Bn, bukan kerana DS Najib Razak atau TS Musa Aman. Kita sokong Bn, kerana ianya merupakan sebuah parti yang dipimpin oleh semua pihak yang mewakili rakyat negara ini. Kita sokong Bn, kerana didalamnya telah tersimpul dan dikumpulkan segala kebijaksanaan, perancangan untuk membela rakyat dan memajukan negara.

Kita sokong Bn, kerana agenda parti itu merupakan rumusan secara konsensus semua pihak tanpa melihat latar belakang dan agama. Bn hanya mempunyai matlamat, iaitu membela/memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air dalam pengertian yang luas.

Kita sokong Bn, kerana majoriti rakyat menikmati, merasai perkhidmatannya, meskipun nikmat khidmat itu, tidak disyukuri sesetengah pihak.

Bn, walaupun merasa terkilan, kerana adanya rakyat yang menikmati khidmat bakti parti itu, namun bertindak seperti kacang lupakan kulit, bertindak tidak bersyukur, namun, hakikat perlu diterima secara lapang dada, kerana, tabiat semulajadi manusia memanglah demikian.

Bn dalam sejarah pemerintahannya sentiasa mengotakan janji, walaupun tercalar kerana tindakan para pemimpin yang menjadi petualang, tidak menjalankan tanggungjawab, tidak melaksanakan amanah, sehingga imej bersih Bn, dikotori oleh para petualang itu. Kata peribahasa, marahkan nyamuk, jangalah bakar kelambu.

Pada hari ini, tercermin dengan jelas, apabila sebahagian para pemimpin yang mempunyai jatidiri, mempunyai itegriti, seperti mana yang dipamerkan, ditunjukkan, dibuktikan oleh para pemimpin dalam pasukan DS Najib Razak di peringkat Persekutuan, dan TS Musa Aman diperingkat negeri, bukan sahaja rakyat dibela, akan tetapi merasai nikmat dan hasil yang rumuskan oleh parti Bn.

Para pemimpin yang menerajui Bn, tiada hari tidak memikirkan bagaimana membela rakyat, bagai mana memajukan negara/negeri. Namun, hakikat yang perlu diterima, setiap daripada kita dituntut kesabaran, kerana kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan tidak akan datang sekelip masa, ianya perlu masa, sama dengan proses alami manusia, bermula daripada janin, dilahirkan, kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, yang memerlukan 21 tahun sebelum layak mengundi. Demikian juga kemajuan, pembangunan, ianya memerlukan masa, kerana kemajuan & pembangunan tiada titik noktah.

Kematangan Bn, tidak boleh disangkal lagi. Bn tiada lagi proses uji-cuba. Kerana telah mengalami proses yang sangat panjang, maka setiap yang dirancangkan, pasti dapat ditunaikan, sebab itu DS Najib Razak sentiasa berhujah, KEPADA ALLAH KITA BERSERAH, KEPADA ALLAH KITA BERTAWAKAL, kerana atas izinNya jua semua yang dirancang dipermudahkan atau terhalang.

Kepada rakyat, yakinlah BN sentiasa dilandasan betul, sebab itu, badai taufan melanda, Bn akan tetap terbang TINGGI. TATAP BN.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. The scatter image often cannot be matched utilizing wilds, and some games may require the scatter symbols to look on consecutive reels so as to to} pay. On some multiway games, scatter symbols nonetheless pay in unused areas. Sittman and Pitt of Brooklyn, New York developed a gambling machine in 1891 that was a precursor to the trendy slot machine. It contained 5 drums 메리트카지노 holding a total of fifty card faces and was based mostly on poker.

    ReplyDelete

Item Reviewed: APA MANFAAT JIKA KITA SOKONG BN? Description: Rating: 5 Reviewed By: Anonymous
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook