Latest News

Tuesday 10 April 2018

AZIZ JAMMAN KENA GUNA AKAL DALAM BERPOLITIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BRIM naik... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot)

Aziz Jamman kena guna akal, jika ada cita-cita mahu jadi pemimpin. Kalau tindakan beliau yang tidak menggunakan akal sejak jadi pemimpin PWS, maka masa depan dalam politik gelap.

Aziz kena fikir, jadi pemimpin bukan kerana pandai menulis menggunakan jari, tetapi yang ditulis tidak diproses oleh akal. Jika demikianlah seterusnya, pemimpin mida PWS itu akan sama dengan kucing bermain dengan ekornya.

Jika harga minyak tidak turun, maka punca BR1M daripada sumbangan minyak. Oleh kerana pendapatan negara yang hilang kerana harga minyak turun, maka sebagai gantinya kutipan cukai menyeluruh. Sebelum GST, daripada 37juta penduduk, hanya 2 juta yang membayar cukai. Yang membayar itu tidak termasuk Aziz, sebab beliau bukan ahli perniagaan.

Oleh kerana kutipan cukai melalui GST mencapai RM30bilion, maka sebahagian besar kutipan itu dikembalikan kepada rakyat, khususnya kumpulan sasar rakyat dalam kelompok B40, kerana majoriti rakyat pada kategori ini. Aziz tidak termasuk dalam B40, kerana beliau seorang jutawan sekelip mata.

Penentuan kadar GST, bukan suka-suka, ianya melalui kajian yang menyeluruh. Berasaskan pengurusan ekonomi negara dengan berbagai polisi, kadar GST 6% akan bertahan sehingga 20 tahun tanpa disemak semula.

Sebenarnya, apabila ekonomi bertambah kukuh, kerajaan boleh memperkenalkan cukai-cukai bukan pada individu akan tetapi pada syarikat-syarikat besar, misalnya syarikat rokok, syarikat minuman keras, syarikat pengeluar barangan gaya hidup, kerana sektor ini tidak membabitkan rakyat dalam B40.

Berkaitan dengan dikembalikan apa yang terkandung dalam MA63, secara konsensus, Aziz menggunakan parti, kononnya, parti daripada Sabah 4 lawan 9. Di sini lah akal Aziz tidak diguna, sebabnya, keputusan itu TELAHPUN DIBUAT, sebab itu dimasukkan dalam manifesto, bukannya AKAN DIBUAT. BN apabila berjanji, maka perlu ditunaikan, sebab itu semua janji-janji Bn 97% telah ditunaikan, manakala 3% sedang berjalan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook