Latest News

Monday 23 April 2018

BAGAIMANA HENDAK BUAT SEMAKAN KELAYAKAN SEBAGAI CALON & PENGUNDI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KENYATAAN MEDIA... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot)

Memang betul, jika seseorang itu bukan muflis, bukan gila, tidak kehilangan status kewarga negaraan dan tidak dijatuhi hukuman penjara dan denda melebihi RM2000, maka dalam system demokrasi negara boleh menjadi calon dan jika berdaftar sebagai pengundi maka berhak sebagai pengundi.

Namun, hak seseorang warganegara meskipun tidak termasuk dalam perkara-perakara di atas, akan tetapi jika ada warganegara lain melakukan tindakan injunksi menerusi mahkamah, berkaitan status seseorang itu, di mana seseorang itu terkait dengan perakara-perkara berkaitan rakyat, negara serta pemerintahan, pihak mahkamah boleh atau tidak membenarkan tindakan injunksi tersebut.

Memandangkan, mahkamah telahpun menerima tindakan seorang warganegara yang juga seorang peguam Datuk Ainal Fattah, bererti, tindakan beliau itu mempunyai merit undang-undang, sebab itu mahkamah telah menetapkan pada 4 Mei masing-masing pihak mengemukakan hujah masing-masing dan 7 Mei mahkamah akan membuat keputusan.

Jika pada 28 Mei Datuk Shafie menghantar pencalonan pada 28 April, dan jika mahkamah mendapati beliau terlucut hak, maka secara automatic pencalonan beliau terbatal, demikian juga sebaliknya, jika keputusan manadamus mahkamah, bahawa Shafie tidak terlucut hak, maka beliau tetap menjadi calon dan mengundi pada 9 Mei.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook