Latest News

Friday 20 April 2018

DUN KUAMUT TUMPUAN PRU14

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dlm BN 15 tahun Adun Kuamut... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

DUN KUAMUT, merupakan salah satu kawasan di pedalaman Sabah. Kawasan ini, sejak tahun 1976 diwakili parti tempatan yang pernah menjadi pembangkang di peringkat nasional. Oleh kerana pembangunan & kemajuan boleh dilaksanakan apabila ada sumber kewangan, maka ketiadaan peruntukan, maka kemajuan & pembangunan tidak dapat dilaksanakankan. Sebagai kawasan yang termundur, secara perlahan-lahan selepas kerajaan BN memerintah bermula tahun 1994, jalan-jalan raya, kemudahan elektrik serta bekalan air luar bandar dilaksanakan secara berperingkat.

Keadaan Kuamut jika dibandingkan 20 tahun lalu berbanding sekarang, ibarat langit dan bumi. Hanya penduduk Kuamut dapat menggambarkan bagai mana berubahnya kawasan itu. Memang, ada kawasan-kawasan yang belum dimajukan, akan tetapi kemajuan akan juga sampai di kawasan sedemikian, kerana pembangunan & kemajuan tiada titik noktah.

Jika penduduk kawasan demikian akan kembali kepada parti yang tiada kemampuan daripada segi kewangan, nampaknya kawasan itu akan kembali mundur, kerana fitrah jalan-jalan raya akan rosak jika tidak diselenggarakan, manakala kawasan yang belum dimajukan akan terus mundur.

Kepada Mike Lius, wakil rakyat kawasan itu, Datuk Masiung Banah, telah banyak membawa pembangunan & kemajuan sejak beliau menjadi wakil rakyat. Pada PRU-14 ini, beliau akan terus disokong majority penduduk Kuamut, dan seterusnya peluang parti yang disokong pengguna facebook tersebut, akan kalah teruk, malah akan kehilangan wang deposit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook